Page 65 - PacakFxEbook
P. 65
4.6 QUANTITATIVE EASING
APAKAH QE INI SEBENARNYA?
QE adalah salah satu daripada dasar kewangan (dasar mengembang) untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan
dengan meningkatkan aliran wang (money supply) ke dalam pasaran. QE dijalankan apabila kaedah menurunkan interest rate yang
konvensional (membeli short-term government bond) tidak lagi efektif untuk dilaksanakan. Keadaan ini biasanya berlaku apabila
interest rate berada di paras atau menghampiri 0% tetapi kemelesetan ekonomi masih tetap berlaku.
QE merupakan jalan terakhir untuk meransang pertumbuhan ekonomi.
QE juga dikenali sebagai “printing money” walaupun ia bukanlah bermaksud mencetak wang dalam bentuk zikal dan
menaburkannya ke seluruh negara.
Central bank akan mewujudkan sejumlah wang dan menggunakannya untuk membeli aset (longer maturity government bond) dari
bank komersial dan institusi kewangan lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan money supply kepada institusi kewangan
tersebut dengan hasil jualan aset bagi membolehkan mereka memberikan pinjaman dengan interest rate yang rendah. Ini
menggalakkan pengguna dan perniagaan untuk membuat pinjaman. Kadar perbelanjaan yang meningkat akan meransang aktiviti
ekonomi menjadi lebih rancak.
Bergantung dengan skala QE tersebut, walaupun menggalakkan pertumbuhan ekonomi tetapi peningkatan money supply yang
terlalu cepat boleh menyebabkan inasi yang tinggi. Itulah sebabnya QE dilakukan secara berperingkat.