Page 3 - pusat akses 2019
P. 3
Kami dari Pusat Akses SMK Ayer Puteh Dalam dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh
tenaga, fikiran dan usaha kami untuk :
· Menjamin setiap murid dan warga SMK Ayer Puteh Dalam mendapat capaian internet yang baik dan berterusan.
· Mengurus dan mengemaskini program dari masa ke semasa.
· Menyelaraskan penggunaa komputer kepada murid pada masa yang ditetapkan.
· Sentiasa memelihara dan membaikpulih kerosakan komputer serta peralatan yang ada di Pusat Akses.
· Menjamin penggunaan Pusat Akses secara berkesan dan terkawal..
· Memantau penggunaan Pusat Akses dari semasa ke semasa.
· Sentiasa memastikan Pusat Akses menyediakan keperluan dan perkhidmatan yang terbaik untuk persekitaran yang kondusif.
· Mengutamakan pelangggan dalam segala hal berkenaan penggunaan Pusat Akses.
· Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi
meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan Pusat Akses Sekolah.