Page 18 - Efolio (4)_Neat
P. 18

Perpaduan itu diwujudkan bukan sahaja atas faktor lahiriahnya tanpa

                          peduli aspek rohani yang menjadi fitrah manusia. Maka Islam menegaskan

                              dua aspek hubungan sesama manusia yang dijadikan asas pendekatan

                                                            kepada perpaduan yang holistik.


                              Pertama: Hubungan keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat yang

                             disimpulkan daripada ajaran Islam yang menyeluruh kesempurnaannya

                               mengikut peranan manusia yang tidak memisahkan aspek kehidupan

                              berpolitik, ekonomi dan kemasyarakatan dan kedudukannya berada di

                            dalam ajaran Islam yang merangkumi aqidah, syariat, akhlak dan semua

                              sistem kehidupan manusia secara menyeluruh yang tidak terkongkong

                          objektifnya di kalangan penganut Islam sahaja dan hanya terkurung dalam

                                kelompok bangsa dan perbatasan negara sahaja, tetapi mewajibkan

                             hubungan dengan pihak lain sama ada menunaikan kewajipan dakwah

                                berkonsepkan tiada paksaan dan kewajipan kemanusiaan walaupun

                                                  berbeza agama, bangsa dan kemampuannya.


                       Kedua: Hubungan kemanusiaan yang berkeluarga besar walaupun berbagai

                                   bangsa, agama dan tahap kedudukan dan kemampuannya. Islam

                           mewajibkan berlaku adil terhadap semua dan Islam adalah Rahmat Allah

                                                                     kepada seluruh alam.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23