Page 15 - Efolio (4)_Neat
P. 15
Budaya Mahabbah
Mahabbah bermaksud pengorbanan, perjuangan, taqwa, keadilan,
kejujuran, amanah dan bertanggungjawab. Mahabbah terdapat dalam jiwa
setiap manusia, tidak terkecuali sama ada seseorang itu muslim, bukan
muslim, baik ataupun jahat sekalipun. Mahabbah meliputi antara manusia
sesama manusia, dengan makhluk yang lain dan juga terhadap Allah SWT
Mahabbah boleh melalui beberapa cara iaitu melalui ucapan atau
percakapan, melalui hati atau niat dan melalui perbuatan atau tindakan.
Mahabbah yang berpandukan niat yang baik, ucapan zikir kepada Allah
SWT, dan diikuti dengan perbuatan yang baik. Kasih sayang sesama
manusia akan membuahkan mahabbah yang boleh memandu dan
membimbing mereka ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.