Page 10 - Efolio (4)_Neat
P. 10
Ziarah boleh diertikan sebagai lawat atau kunjung dan ziarah ini boleh jadi
sebagai adat semata tetapi jika dilakukan dengan etika, bertertib dan adab
yang betul ia akan jatuh dalam kategori ibadah. Ziarah adalah ibadah
sunat dan sangat di galakkan bagi meneratkan silaturrahim dan Allah juga
menjanjikan sebaik-baik ganjaran iaitu syurga kepada penziarah
sebagaimana yang telah termaktub di dalam sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang meninjau orang sakit atau berziarah kepada
saudaranya kerana Allah, maka berserulah seseorang yang mengundang-
undang: “Engkau melakukan kebaikan dan baik pulalah perjalananmu,
serta engkau dapat menduduki tempat dalam syurga.” (Riwayat Imam
Termidzi).