Page 6 - Efolio (4)_Neat
P. 6
Memberikan senyum:
Rasulullah SAW bersabda, senyum itu adalah satu sedekah. Selalunya, sedekah
dikaitkan dengan material, tetapi sebenarnya boleh sahaja digantikan oleh gerakan
jiwa murni datang daripada sekeping hati yang tulus.
Ganjaran pahala
Tiada kebajikan dan kebaikan yang amat mudah dilakukan dengan tawaran
ganjaran pahala sedekah, iaitu senyuman. Cukup indah Islam mengajar umatnya
membina kebaikan yang akan menghidupkan hati ke arah perbuatan yang
membawa kebaikan.
Sifat lemah lembut:
Sifat lemah lembut adalah kerelaan untuk menerima keterbatasan dan penyakit
kita tanpa melepaskan kemarahan ke atas orang lain. Sifat lemah lembut akan
menyatakan kesyukuran bagi perkhidmatan yang kelihatan paling sederhana pun,
serta bertoleransi terhadap orang yang tidak melayani kita dengan baik. Sifat
lemah lembut membantu kita sabar terhadap mereka yang menimbulkan
kesusahan.