Page 2 - Efolio (4)_Neat
P. 2
Integrasi budaya dalam perayaan
Jika dilihat dari konteks dan perspektif yang positif,integrasi kaum
merupakan proses menyatupadukan pelbagai bangsa yang berlainan
budaya kepada satu bangsa yang mempunyai identiti yang umum
dan tersendiri.Di Malaysia terdapat tiga jenis bangsa utama iaitu
Melayu,Cina dan India disamping pelbagai etnik daripada bangsa yang
lain.
Kepentingan integrasi kaum sangat ditekankan oleh
pelbagai pihak.Bagi mewujudkan masyarakat penyayang dan
berkerjasama,setiap warga Malaysia perlu mengamalkan sikap prihatin
terhadap nasib bangsa sendiri.Misalnya semua masalah yang dikongsi
bersama dan diselesaikan agar dapt mengeratkan hubungan serta
mewujudkan sikap tolong-menolong sesama insan walaupun berlainan
agama dan bangsa.Selain itu,setiap individu perlulah peka terhadap
masalah orang lain.Sebagai contoh pemimpin peringkat bawahan hingga
peringkat tertinggi tahu masalah yang dihadapi oleh orang dibawah
pimpinannya.