Page 4 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 4

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                                                        Kata-kata Aluan Guru Besar

                                                   Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

                      Bersyukur  kita  kehadrat  Allah  SWT  kerana  dengan  limpah  kurnia  serta  izinnya,  sekali  lagi  Buku
                      Pengurusan  Sekolah  SK  Pendidikan  Khas  Seremban  2019  dapat  dihasilkan.  Kandungannya  yang
                      tersusun rapi diharapkan akan dapat memberikan panduan kepada semua pihak terutamanya guru
                      dan staf sekolah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan.

                              Selama ini, usaha gigih yang dijalankan oleh semua guru dan ibu bapa  ini telah meletakkan
                      sekolah  ini  sebagai  salah  sebuah  sekolah  yang  cemerlang  di  Seremban  Darul  Khusus.  Sekalung
                      ucapan tahniah dan syabas kepada semua guru penolong kanan, guru, staf, murid dan PIBG yang
                      memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.

                              Selaras  dengan  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  2013  –  2025,  seluruh  warga
                      sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi
                      matlamat  yang  ditetapkan  agar  segala  usaha  yang  dicurahkan  dapat  membuahkan  kejayaan  dan
                      kecemerlangan.

                              Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
                      kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan Sekolah ini. Marilah
                      kita  memohon  petunjuk  daripada  Allah  SWT,  mudah-mudahan  segala  usaha  murni  yang  kita
                      lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya.

                              Akhir kata, kepada semua guru dan staf, selamat bertugas dan teruskan usaha gigih serta
                      komitmen  kita  agar SK  Pendidikan  Khas  Seremban  terus cemerlang  dalam  pelbagai  bidang  serta
                      menjadi kebanggaan kita semua.



                      Sekian, Wasallam

                      MISROSMAN BIN PONIO
                      Guru Besar
                      SK Pendidikan Khas Seremban
                      Negeri Sembilan Darul Khusus











                                                                 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9