Page 5 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 5

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                                                   SEJARAH SEKOLAH


               Pada  tahun  1962,  kelas  khas  untuk  murid-murid  bermasalah  pendengaran  dimulakan  oleh
               mendiang En V.S. Param di Sekolah Rendah Dato’Klana Maamor, Seremban, dalam rancangan kelas
               percantuman. Guru pertama yang mengajar di kelas tersebut ialah En Lee Kang Hai.


                      Pada  peringkat  awal  penubuhannya,  terdapat  12  orang  murid  sahaja  dan  ditempatkan
               dalam  satu  kelas.  Pada  tahun  1967,  kelas  ini  bertambah  kepada  dua  dengan  bertambahnya
               bilangan murid dan tenaga pengajar. Seterusnya menjadi empat buah kelas dengan empat orang
               tenaga pengajar pada tahun 1977.

                      Pada  tahun  1978, sebuah mini asrama telah dibina  dengan kerjasama AJK Minin Asrama
               dan  Jabatan  Kebajikan  Mesyarakat  setelah  mendapat  kebenaran  Jabatan  Pendidikan  Negeri
               Sembilan. Dengan adanya Mini Asrama ini bilangan murid telah bertambah dari 36 orang kepada
               56  orang  dengan  tenaga  pengajar  seramai  enam  orang.  Sehinggalah  pada  tahun  1985,  sebuah
               bangunan asrama baru telah dibina yang boleh memuatkan 100 orang murid.

                      Pada tahun 1987, kelas khas ini tidak lagi menjadi kelas percantuman. Pentadbiran sekolah
               ini  telah  dipisahkan  dari  Sekolah  Rendah  Dato’Maamor  Seremban  dan  Puan  Rasbiah  bt.  Mohd
               Tahir telah dilantik menjadi Guru Besar pertama bagi Sekolah Pendah Pendidikan Khas Seremban.


                      Kelas khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan telah dibuka pada tahun 1989 dengan
               dua orang murid dan seorang tenagan pengajar. Pada tahun 1990, sebuah kelas Pra Sekolah telah
               dimulakan dengan enam orang murid. Dengan adanya kelas ini, intervensi awal dapat dijalankan
               bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran dan masalah penglihatan.

                      Pada  tahun  1991,  Sekolah  Rendah  Pendidikan  Khas  Seremban  telah  mendapat  sebuah
               bangunan  yang  baru.  Bangunan  baru  empat  tingkat  ini  telah  dilengkapi  dengan  pelbagai
               kemudahan  seperti  bilik  darjah,  bengkel  kemahiran  hidup,  bilik  audiologi,  pusat  sumber,
               perpustakaan, klinik, bilik guru serta pejabat. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
               Datulk Amar Dr. Haji Sulaiman Hj. Daud, Menteri Pendidikan ketika itu pada 15 April 1994. Guru
               Besar ketika itu ialah Pn Siti Zahrah Binti Hj. Ishak. Beliau telah bersara pada 14 Ogos 2017.

                      Sekarang, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Seremban telah ditukar nama kepada Sekolah
               Kebangsaan  Pendidikan  Khas  Seremban.  Guru  Besar  Sekolah  Kebangsaan  Pendidikan  Khas
               Seremban sekarang adalah En Misrosman Bin Ponio. Kini warga sekolah ini dianggotai oleh :


                      *       40 orang guru

                      *       20 orang staf sokongan

                      *       46 orang murid bermasalah pendengaran

                      *       8 orang murid bermasalah penglihatan



                                                                 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10