Page 21 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 21

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                      12.2    Apabila diarahkan untuk kelaksnakan tugas / arahan, guru tersebut hendaklah mengambil
                              tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengaarahkan guru lain
                              melaksanakannya tanpa pengetahuan guru besar.
                      12.3    Semua guru yang menghadiri aktiviti seperti mesyuarat, ceramah, bengkel yang dikelola oleh
                              pihak luar hendaklah menyediakan MINIT CURAI dan diserahkan kepada guru besar untuk
                              tindakan lanjut.
               13.    PELAWAT

                      13.1    Semua pelawat perlu berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu.

                      13.2    Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil NGO, firma atau penjual-
                              penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

               14.    PEMBELIAN

                      14.1    Guru yang hendak membeli Bahan Bantuan Mengajar mesti memohon kebenaran dengan
                              menggunakan borang nota minta yang diperolehi di pejabat dengan  disahkan oleh Ketua
                              Panitia / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

                      14.2    Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order).
                      14.3    Semua invois dan SAP mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan
                              direkodkan dalam buku stok dan kad inventori.

               15.    MESYUARAT GURU

                      15.1    Guru Besar akan mengadakan mesyuarat dan taklimat guru dari semasa ke
                              semasa dan kehadiran adalah wajib.

                      15.2    Guru-guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Penolong
                              Kanan dan Ketua Panitia atau Unit Jawatankuasa dalam dan luar sekolah.

                      15.3    Surat makluman ketidakhadiran perlu diserahkan kepada guru besar/ Penolong Kanan
                              sekiranya guru tidak dapat  menghadirkan diri dalam mesyuarat yang ditetapkan.

               16.    BUKU STOK DAN INVENTORI

                      16.1    Penolong Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru bertanggungjawab menguruskan buku stok /
                              inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap
                              dan kemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar atau
                              Penolong Kanan.

               17.    TANDA NAMA

                      17.1    Semua guru wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi anjuran
                              Sekolah, PPDS, JPNS, BPKHAS dan KPM.

               18     KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF / PIBG

                      18.1    Semua guru dan staf secara automatik menjadi anggota kelab guru dan staf  sekolah.

                      18.2    Guru sahaja secara automatik menjadi ahli PIBG.


                                                                 21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26