Page 22 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 22
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
19. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
19.1 Semua peralatan perlu digunakan dengan betul, mengikut peraturan dan mendapat
kebenaran daripada pihak yang berkenaan.
19.2 Guru bertanggungjawab menjaga peralatan yang digunakan dan memulangkannya dalam
keadaan yang baik. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan.
20. ARAHAN DAN PEKELILING
20.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar perlu dibaca
dengan teliti dan dipatuhi.
20.2 Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri
atau Pejabat Pelajaran Daerah, guru yang menjalankan tugas hendaklah kembalikan ke
sekolah setelah tindakan diambil.
20.3 Guru atau pihak berkenaan yang gagal mematuhi semua arahan yang ditetapkan akan diberi
amaran bertulis.
21. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH.
21.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
21.2 Surat makluman ketidakhadiran perlu diserahkan kepada guru besar/ Penolong Kanan
sekiranya guru tidak dapat menghadirkan diri dalam acara / majlis yang ditetapkan.
Nota: Tertakluk kepada peraturan peringkat sekolah
PERATURAN-PERATURAN KURIKULUM
1.0 KURIKULUM
1.1 Guru Besar bertanggungjawab menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut dan
semua Penolong Kanan ialah Naib Pengerusi.
1.2 Anggota Jawatankuasa terdiri daripada :
1.2.1 Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran.
1.2.2 Penyelaras Jadual Waktu
1.2.3 Guru Penyelaras Media
1.2.4 Guru SPBT
1.2.5 Guru Bimbingan
1.2.6 Guru Pemulihan Khas
22