Page 28 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 28
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
4.2 Murid-murid tidak boleh diarah/dipaksa untuk membeli buku-buku panduan,
buku kerja, buku bacaan tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar.
4.3 Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar secepat mungkin.
4.4 Resit rasmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang menjelaskan
yuran.
5.0 GURU BERTUGAS
5.1 Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid-murid. Menulis catatan ke dalam
Buku Laporan Guru Bertugas.
5.2 Perhimpunan
5.2.1 Memastikan perhimpunan dijalankan dengan kemas dan teratur.
5.2.2 Memastikan peralatan P,A berfungsi dan boleh digunakan.
5.2.3 Memberikan ucapan ringkas yang menyentuh hal disiplin, kebersihan, motivasi dan
aktiviti murid.
5.3 Guru bertugas dikehendaki mencatat butiran maklumat dalam sebarang bentuk taklimat
atau ucapan yang diberikasn oleh guru besar, penolong kanan atau guru-guru.
5.4 Sebelum meninggalkan sekolah, guru bertugas dikehendaki membuat pemeriksaan untuk
memastikan semua lampu, penghawa dingin dan computer di bilik guru / kelas telah ditutup
serta memastikan semua bilik telah dikunci dengan baik dan selamat.
6.0 PENDAFTARAN MURID
6.1 Pendaftaran kemasukan pelajar ke Tahun Satu mesti diuruskan setiap tahun
berdasarkan kepada syarat-syarat umur dan peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran / Jabatan.
6.2 Pihak sekolah perlu menguruskan urusan perpindahan murid dan mematuhi
segala peraturan yang telah disediakan.
6.3 Setiap murid perlu diberi peluang menggunakan kemudahan secara adil dan saksama.
6.4 Segala bantuan yang diberi khas kepada murid seperti pakaian seragam sekolah, Skim
Pinjaman Buku Teks dan sebagainya dibahagikan secara adil dan mengikut syarat-syarat
yang ditetapkan.
6.5 Semua guru ialah Guru Disiplin Sekolah dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk
memastikan dan mengawal perkembangan tingkah laku serta disiplin murid.
6.6 Semua Guru Kelas dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menyimpan
rekod perkembangan individu.
6.7 Semua kes disiplin murid yang berat dan tidak dapat diselesaikan oleh guru haruslah dirujuk
kepada Penolong Kanan HEM untuk tindakan.
6.8 Rekod Bulanan ( Retan Bulanan) kehadiran murid mesti dilaporkan serentak
dengan rekod kesihatan.
28