Page 31 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 31
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
1.14 Menetapkan sesi pelaksanaan aktiviti kokurikulum
1.15 Menetapkan agihan tugas guru penasihat / pemimpin
2.0 GERAK KERJA KOKURIKULUM
2.1 Pastikan kegiatan dijalankan dengan penuh minat dan mencapai tahap kemajuan/prestasi
yang membanggakan.
2.2 Semua guru wajib hadir dan bertanggungjawab menyediakan/membuat laporan kegiatan
yang dijalankan.
2.3 Semua Guru Penyelaras kegiatan Kokurikulum Sekolah mesti mematuhi semua
peraturan dan undang-undang pengurusan aktiviti Kokurikulum Sekolah.
2.4 Semua Guru Penyelaras mesti menyediakan Pelan Induk Rancangan Tahunan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti Kokurikulum pada peringkat sekolah dengan merujuk Takwim Kokurikulum
Tahunan.
2.5 Penolong Kanan Kokurikulum dan Ketua Guru Penyelaras Kokurikulum Sekolah mesti
berada di sekolah untuk menyelia, memantau pengurusan dan aktiviti Kokurikulum
sepanjang waktu Kokurikulum.
2.6 Semua Guru Penyelaras diwajibkan menyediakan Buku Persediaan Pengurusan
Kokurikulum Mingguan dan dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk
semakan dan pengesahan.
2.7 Kehadiran murid dalam setiap aktiviti Kokurikulum mesti direkod oleh Guru-guru
Penyelaras. Setiap kes ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum mesti diambil
tindakan.
2.8 Ibu bapa / Penjaga murid mesti dihubungi untuk mendapat kebenaran secara bertulis jika
ada murid yang terpilih untuk menghadiri aktiviti Kokurikulum di luar kawasan / peringkat
sekolah .
2.9 Sebagai Ketua Penyelaras aktiviti Kokurikulum sekolah / Penolong Kanan Kokurikulum ialah
pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penguatkuasaan peraturan dan
pelaksanaan.
2.10 Semua Guru Penyelaras setiap kegiatan Kokurikulum dikehendaki menyediakan
rekod-rekod dan data.
2.11 Penghargaan perlu diberi kepada murid-murid yang berjaya dan melibatkan diri
secara aktif pada peringkat sekolah dan sebagainya
31