Page 4 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 4
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
Kata-kata Aluan Guru Besar
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinnya, sekali lagi Buku
Pengurusan Sekolah SK Pendidikan Khas Seremban 2019 dapat dihasilkan. Kandungannya yang
tersusun rapi diharapkan akan dapat memberikan panduan kepada semua pihak terutamanya guru
dan staf sekolah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan.
Selama ini, usaha gigih yang dijalankan oleh semua guru dan ibu bapa ini telah meletakkan
sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang di Seremban Darul Khusus. Sekalung
ucapan tahniah dan syabas kepada semua guru penolong kanan, guru, staf, murid dan PIBG yang
memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, seluruh warga
sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi
matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang dicurahkan dapat membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan Sekolah ini. Marilah
kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita
lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya.
Akhir kata, kepada semua guru dan staf, selamat bertugas dan teruskan usaha gigih serta
komitmen kita agar SK Pendidikan Khas Seremban terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta
menjadi kebanggaan kita semua.
Sekian, Wasallam
MISROSMAN BIN PONIO
Guru Besar
SK Pendidikan Khas Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
4