Page 8 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 8
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
* Semua kanak-kanak khas hendaklah diberi peluang berkembang
mengikut potwnsi mereka.
* Semua kanak-kanak khas ini mempunyai hak asasi untuk mendapat
pendidikan tidak mengira keupayaan mereka.
* Rancangan kurikulum dan kokurikulum kanak-kanak khas dibentuk
berlandaskan kebolehan dan keperluan, bukan kepada kategori dan
label kecacatannya.
* Rancangan dan perkhidmatan khas ini seharusnya diberi dalam rangka
pendidikan biasa dengan seboleh-bolehnya dalam persekitaran yang
tidak terhad berdasarkan kepada resos yang ada.
8