Page 16 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 16
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019
JADUAL WAKTU GURU GANTI
Guru ganti hendaklah mematuhi arahan pentadbir menggantikan guru yang tidak hadir. Sebarang
kemalangan atau perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku, pada waktu tersebut adalah di bawah
tanggungjawab guru ganti tersebut.
JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
Jadual kedatangan pelajar adalah dokumen rasmi sekolah dan melibatkan audit. Guru perlu mengisi
maklumat dengan tepat. Guru hendaklah memulangkan semula ke pejabat sekolah setiap hari
sebelum waktu kedua. Murid yang tidak hadir ke Sekolah tiga hari berturut hendaklah diberi surat
peringatan kepada penjaga.
KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN
Semua guru hendaklah memastikan tahap kebersihan,keceriaan dan keselamatan sekolah berada pada
tahap terbaik. Peringatan kepada murid hendaklah selalu diberi supaya menjaga kebersihan kelas, kantin,
bilik khas dan kawasan sekitar sekolah.
ACARA DAN MAJLIS RASMI SEKOLAH
Semua guru dan staf sokongan DIWAJIBKAN menghadiri program / acara Rasmi sekolah.
ARAHAN DAN PEKELILING
Semua arahan dan surat pekeliling yang diedarkan hendaklah dibaca dengan teliti. Guru dan staf sokongan
hendaklah pada setiap masa mengetahui, memahami dan mengikut peraturan-peraturan am dan pekeliling
yang berkaitan dengan kakitangan perkhidmatan awam dengan membuat rujukan dan pembacaan. Segala
keputusan yang diambil berkaitan tugas atau perkhidmatan hendaklah melalui saluran yang betul. Segala
permasalahan yang timbul perlu merujuk kepada pihak pentadbir. Pihak pentadbir boleh mengeluarkan
arahan samada melalui tulisan, lisan, sms, Email atau melalui alat teknologi yang lain.
16