Page 17 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 17

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019




                                  SEJARAH SK BUKIT NANAS




                  Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas yang terletak di atas kawasan seluas
               empat hektar. Ianya telah didirikan di atas sebuah anak bukit. Sekolah ini
               mula didirikan pada tahun 1956 dengan usaha gotong-royong masyarakat

               setempat.
                  Tanggal  1hb  Januari  1957,  sekolah  ini  mula  digunakan  selepas

               dirasmikan  oleh  Allahyarham  Dato’  Ibrahim  Fikri  (bekas  Menteri  Besar
               Terengganu).  Pada  awal  sesi  persekolahan  bermula  telah  mendapat
               tentangan  daripada  pihak  Jabatan  Pelajaran  Negeri  Terengganu  dengan
               alasan  sudah  terdapat  dua  buah  sekolah  yang  berdekatan  iaitu  SK  Bukit
               Cempaka dan SK bukit Guntong. Namun begitu, atas desakan Allahyarham
               Dato’ Ibrahim Fikri, pada tahun 1958 ianya dapat diserap oleh pihak Jabatan

               Pelajaran  Negeri  Terengganu  dan  diberikan  nama  Sekolah  Melayu  Bukit
               Nanas.

                  Pada tahun 1980, sekolah ini mengalami kerosakan dan kerugian yang
               besar akibat banjir. Tahun 1987, inisiatif daripada Jabatan Pelajaran Negeri
               Terengganu  dengan  peruntukan  Projek  Bank  Dunia,  satu  bangunan  tiga
               tingkat (mengandungi 10 bilik darjah, pejabat, perpustakaan, bilik sumber
               dan tandas) dan sebuah kantin telah diluluskan pembinaannya.

                  Satu  keistimewaan  yang  terdapat  di  sekolah  ini  terdapat  Kelas  Khas
               Kanak-Kanak  Bermasalah  Pembelajaran.  Satu  blok  kekal  didirikan  untuk
               kelas  khas  tersebut.  Ianya  satu  projek  induk  bagi  kegunaan  kanak-kanak

               bermasalah  di  luar  Bandar  daerah  Kuala  Terengganu.  Bangunan  ini  mula
               digunakan sepenuhnya pada tahun 1994.

                  Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer projek fasa 1 telah dibina
               untuk memantapkan Program ICT ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
               Tahun  2004,  Sebuah  bangunan  Prasekolah  telah  dibina  bagi  meneruskan
               program  pendidikan  diperingkat  awal  bagi  sekolah-sekolah  di  seluruh
               Negara.











      17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22