Page 2 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 2
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019
DARI MEJA GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS
21060 KUALA NERUS, TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
TEL / FAX: 09-6625164 / 09-6623211
EMAIL : tba7011@moe.edu.my
Tarikh: 15 Disember 2018
Para guru SK Bukit Nanas,
Kuala Nerus.
Sahabat guru yang budiman,
Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera
Memperkasakan Transformasi Pendidikan Negeri Terengganu
Dengan segala hormatnya saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Selamat kembali ke sekolah dengan satu azam dan semangat luar
biasa untuk bersama seiring dalam Memperkasakan Transformasi Pendidikan (MTP) , ke arah Kuala Nerus#No 1 dan menaikan semula
SK Bukit Nanas ke mercu kegemilangan #skbnkitepunye.
2. Kita telah berada lewat gelombang kedua PPPM 2016 hingga 2020. Pada peringkat ini, pelbagai kemahiran dan kualiti guru serta
prasarana sekolah telah diperkasakan selaras dengan pendidikan abad 21. Berfokus dengan hala tuju pendidikan Terengganu kita perlu
meningkatkan prestasi, kualiti dan impak berganda dalam pelbagai bidang pendidikan. Kita juga diamanahkan memberi pendidikan
berkualiti yang bertaraf dunia serta meletakkan SK Bukit Nanas tersohor di negeri Terengganu dan seterusnya meletakkan negeri
Terengganu di barisan hadapan dalam peta kecemerlangan pendidikan Negara.
3. Kejayaan yang telah dicapai dalam tahun 2018 akan menjadi pembakar semangat buat kita warga SK Bukit Nanas. Tahniah diucapkan
kepada semua cikgu SK Bukit Nanas yang sentiasa cemerlang dalam semua perkara dan saya amat bangga dengan cikgu. Marilah kita
berganding bersama-sama saya dan merealisasikan cita-cita untuk menjadikan SK Bukit Nanas No 1 di Daerah Kuala Nerus dan No 1 di
Negeri Terengganu dalam semua aspek.
4. Setiap daripada kita mesti melengkapkan diri sebagai guru terbaik 3 ciri profesional iaitu autonomy, peer networking dan knowledge
based. Iaitu satu ciri tidak dapat diukur tetapi sangat perlu untuk menjadi guru yang berkesan. Kita juga akan menyediakan sekolah dan
murid kita agar ciri-ciri “Love, Respect, Happiness, Humanity” seperti hasrat Menteri Pendidikan Malaysia menjadi kenyataan.
5. Seseorang guru perlu memiliki moral purpose iaitu Jiwa Pendidik. Ia satu penggerak dalaman yang menolak untu melakukan kerja lebih
daripada biasa dan bukan sekadar ada atau sekadar upah/gaji semata-mata. Oleh itu 3 prinsip perlu dilakukan,iaitu:
5.1 Human Dignity – satu usaha mengangkat maruah diri murid-murid kita tanpa mempersoalkan latar belakangnya. Kita boleh
mengangkat maruahnya dengan memberi ilmu dan kemahiran seperti membaca, menguasai kemahiran minimum dan memiliki
nilai-nilai murni yang sepatutnya.
5.2 Potentiality – sentiasa yakin semua murid ada potensi yang boleh dibangunkan dan digilap.
5.3 Educability – sentiasa yakin murid-murid boleh diajar dengan dengan kaedah dan strategi berbeza mengikut potensi
masing-masing.
6. Marilah kita bersama-sama memohon ke hadrat Allah s.w.t semoga kita nerjaya mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada tahun 2019
dan seterusnya. Marilah kita melaksanakan 9 elemen Model Murid Negeri Terengganu dengan jayanya, dan terus melaksanakan tugas
dengan penuh ikhlas dan amanah kerana dinilai di sini Allah s.w.t.
Sekian,terima kasih cikgu.
‘Memperkasakan Transformasi Pendidikan’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
(NOOR AZUAN BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Besar,
SK Bukit Nanas,Kuala Nerus.
2