Page 3 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 3
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga SK Bukit Nanas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk:
MURID-MURID:
1. Memastikan 6 aspirasi murid diutamakan dan dilaksanakan dalam semua aktiviti.
2. Memastikan semua murid boleh membaca dan menulis selepas 3 tahun pembelajaran kecuali murid istimewa.(Literasi dan Numerasi hampir sejagat).
3. Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum peperiksaan awam.
4. Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada tahun semasa sebelum peperiksaan akhir tahun.
5. Memeriksa buku latihan murid selewat-lewatnya 3 hari selepas dikumpul.
6. Memastikan markah ujian dan peperiksaan diserahkan kepada murid(SAPS) dalam tempoh 3 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan.
7. Memastikan murid berbakat diberi peluang menjadi pemimpin muda di sekolah.
8. Memastikan semua murid diberi peluang bermain/wakil berkurang-kurangnya satu sukan.
9. Memastikan murid dilayan sama rata tanpa memilih agama,bangsa dan keturunan.
10. Memastikan semua murid menguasai kemahiran ICT dan membudayakan FROG VLE dalam bilik darjah.
STAF/KAKITANGAN:
1. Tindakan maklum balas urusan daripada stakeholder diuruskan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh akhir.
2. Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 7 kali setahun.
3. Semua peruntukan perjalanan diproses dalam masa 1 minggu selepas borang dihantar.
IBUBAPA/PENJAGA:
1. Memastikan peluang diberikan kepada semua ibubapa dalam Sarana Ibubapa untuk membantu dan menyokong pembelajaran anak-anak.
2. Segala aduan dan rayuan hendaklah diambil tindakan dalam masa 7 hari.
3. Borang permohonan pertukaran diproses dalam masa 60 minit setelah semua dokumen yang dikehendaki disediakan sebelum dihantar kepada pihak yang
berkenaan.
4. Memastikan ibubapa mengetahui tentang sarana ibubapa dan mendapatkan maklumat terkini tentang tahap penguasaan dan pencapaian pendidikan anak
mereka selepas peperiksaan dan apabila diminta melalui SAPS.
KOMUNITI:
1. Semua aduan yang dipohon akan dilayan dalam tempoh 1 hari dari masa aduan.
2. Memberi peluang kepada komuniti membantu kecemerlangan sekolah dari segala aspek sebagaimana yang dikendaki dalam sarana ibubapa.
3