Page 5 - FlipManual2019
P. 5

Manual Pengurusan SMKTHAM 2019                                                       ii





                                                EN. RAMLI BIN ABDULLAH

                                                PENGETUA
                                                SMK TUN HAJI ABDUL MALEK




                                          KATA ALU-ALUAN PENGETUA

                          Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

                                 Syukur  ke  hadrat  Ilahi  kerana  dengan  limpah  izin-Nya  jua  kita  dapat  menerbitkan
                          Manual Pengurusan sekolah untuk sesi persekolahan 2019. Terima kasih juga kerana memberi
                          peluang  kepada  saya  untuk  menzahirkan  beberapa  catatan  ringkas  pada  kesempatan  yang
                          sungguh bermakna ini.

                                 Manual  Pengurusan  sekolah  ialah  satu  aspek  yang  penting  demi  memastikan
                          perancangan dan pengurusan yang cekap dan sistematik dapat diwujudkan. Keadaan ini akan
                          membolehkan sekolah dapat melaksanakan pelbagai program yang telah dirancang dengan lebih
                          berkesan. Penekanan terhadap Pengurusan Akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum yang
                          terancang amat penting kerana SMKTHAM sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang
                          berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan dan
                          sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan. Usaha yang padu itu akan berjaya dengan
                          adanya penggemblengan tenaga warga sekolah.

                                 Perubahan  sistem  pendidikan  memerlukan  setiap  warga  sekolah  mengubah  cara
                          berfikir, bersikap positif, bertindak dengan lebih proaktif dan bersedia untuk keluar daripada zon
                          selesa. Penguasaan pedagogi abad ke-21, keupayaan mengaplikasikan KBAT dan i-THINK amat
                          dititikberatkan agar suasana pembelajaran dan pemudahcaraan menjadi lebih menyeronokkan
                          dan  kreatif.  Semoga  dengan  usaha  murni  ini,  SMKTHAM  akan  terus  mengorak  langkah  ke
                          hadapan dengan lebih gagah selaras dengan kehendak visi dan misinya.

                                 Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
                          pihak  yang  terlibat  merancang,  menyedia  dan  menyunting  sehingga  terhasilnya  Manual
                          Pengurusan sekolah bagi sesi 2019.


                          “Kebersamaan Menjulang Kecemerlangan”
                          “ Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang “
                          “ Akademik Bermutu Sekolah No. 1 “

                          01 Januari 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10