Page 6 - FlipManual2019
P. 6
Manual Pengurusan SMKTHAM 2019 iii
SMK TUN HAJI ABDUL MALEK
SEJARAH SEKOLAH
SMK Tun Haji Abdul Malek pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tanjong Minyak
ditubuhkan pada 2 Januari 1976. Kumpulan pelajarnya yang pertama telah ditumpangkan di
Sekolah Rendah Jenis Cina, Cheng. Mulai 1 Julai 1976, pelajar-pelajar telah dipindahkan ke
bangunan yang ada sekarang.
Seterusnya pada 2 Januari 1979, tingkatan empat dimulakan. Ketika itu sesi persekolahan diadakan
dua sesi iaitu sidang pagi bagi tingkatan peralihan, tiga, empat, lima, enam dan Pendidikan Khas.
Manakala sidang petang pula adalah untuk tingkatan satu dan dua.
Pada 1 Mei 1979, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tun Abdul Malek
iaitu sempena mengambil nama Gabenor Melaka yang kedua (1959-1971).
Kini SMK Tun Haji Abdul Malek mempunyai bilangan murid 1800 orang, 141 orang guru dan 16 orang staf
sokongan. Bilangan bilik darjah adalah sebanyak 49 buah yang mana terdiri daripada 48 kelas sesi pagi dan
10 kelas sesi petang.
LAGU SEKOLAH
Lagu :Teo Chiang Chye
Lirik :Teo Boon Khoo
Sekolah Tun Haji Abdul Malek Sekolah Tun Haji Abdul Malek
Kaulah yang kami sanjung dan kasih Kaulah yang kami sanjung dan kasih
Dalam pendidikan dan sukan Dalam pendidikan dan sukan
Mara ke arah jaya Mara ke arah jaya
Marilah bersama Disiplin, harmoni
Korbankan jiwa dan raga dijunjung sepenuh hati
Menuntut, belajar dengan penuh dedikasi Bergerak maju
Berilmu, berbakti Membina negara makmur
menjadi cogan kata Berani, bertekun
Marilah bersama Bersatu kita maju
Melangkah tingkatkan imej kita Moga-moga cita dicapai
Kami harapan bangsa