Page 103 - eDinamik
P. 103

LAPORAN PEMILIHAN KERTAS PENYELIDIKAN SEMPENA
   ‘INTERNATIONAL ACCOUNTING & BUSINESS CONFERENCE’ (IABC)

                                                   2019
                     Prof. Madya Dr. Nor Balkish Zakaria, Jaslin Md Dahlan


       IABC kali yang ke 6 telah berjaya dianjur bersama Indonesia  Banking School di Jakarta, Indonesia
       pada 21-22 Ogos 2019. Sambutan yang diterima daripada ahli akedemik seluruh pelusuk Malaysia
       adalah  sangat  baik  ditambahi  pula  dengan  penyertaan  dari Indonesia,  Afrika  Selatan,  USA, Spain,
       Thailand dan Arab Saudi. Sebanyak 77 kertas penyelidikan telah diterima di dalam bidang perakaunan,
       pengurusan, perniagaan, pemasaran, komunikasi, sains teknologi dan pentadbiran. Sebahagian kertas
       penyelidikan yang berkualiti akan dipilih untuk diterbitkan oleh jurnal antarabangsa berwasid yang telah
       di indeks oleh pihak Scopus.

       Maka pemilihan kertas kerja berkualiti ini telah dipertanggungjawabkan kepada beberapa Ahli Jawatan
       Kuasa IABC ke 6 yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Nor Balkish Zakaria, diikuti oleh Pengerusi IABC
       ke 6 sendiri iaitu Dr Akmal Aini Othman, Timbalan Pengerusi, Dr. Faridah Najuna Misman dan Puan
       Jaslin Md Dahlan yang telah mengendalikan pendaftaran setiap penyertaan kertas penyelidikan IABC
       ke 6 ini.


       Kriteria  pemilihan  kertas  penyelidikan  bermutu  yang  telah  dikenal  pasti  bagi  diketengahkan  untuk
       indeks Scopus adalah seperti berikut:
           1.  Seksyen  Pengenalan:  Penulisan  hendaklah  meliputi  penggarapan  latarbelakang  yang  baik
              sekaligus  mampu  menjadi  motivasi  kajian,  objektif,  isu  yang  mampu  diketengahkan  dan
              permasalahan semasa  kajian.
           2.  Seksyen Kajian Terdahulu:

              i) mengenalpasti teori yang berkaitan
              ii) mengupas kajian-kajian terdahulu
           3.  Seksyen Metodologi: Penulis membentangkan dengan jelas populasi, pensampelan, prosedur
              mendapatkan data, rekabentuk penyelidikan dan perisian yang digunakan.
           4.  Seksyen Penemuan dan Perbincangan: Setiap penemuan kajian dilaporkan mengikut tertib
              laporan kajian penyelidikan yang lazim berserta tabulasi atau gambarajah yang bersesuaian.
              Ianya perlulah diikuti dengan perbincangan yang agak mendalam bagi membolehkan pembaca
              faham.
           5.  Seksyen  Kesimpulan:  Ringkasan  setiap  seksyen  diatas  dan  disertai  dengan  impak  kajian
              terhadap masyarakat, negara, badan bertanggungjawab atau bidang kajian.

       Daripada 77 kertas penyelidikan yang diterima, sebanyak 26 telah dipilih untuk diketengahkan ke jurnal
       antarabangsa yang mendapat pengiktirafan indeks Scopus.


                                                                                                       94
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108