Page 226 - eDinamik
P. 226

MENYUSURI TIKUNGAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MANDARIN



     Persatuan Bahasa Mandarin (PBM) bergiat aktif
     pada setiap semester semata-mata menyediakan
     ruang dan peluang kepada para ahli JK Pelaksana
     PBM dan semua pelajar yang mengambil Bahasa
     Mandarin untuk mengasah bakat mereka berbahasa
     dan berpersatuan. Bagi tahun 2019, PBM juga tidak
     terkecuali menganjurkan pelbagai aktiviti khusus
     untuk mendedahkan para pelajar kepada barisan
     kepemimpinan PBM, dan memberitahu tentang
     kegiatan   yang   dilaksanakan   oleh  PBM    serta
     menggalakkan para pelajar mengambil bahagian
     dan seterusnya merancakkan program PBM agar ia
     kekal relevan dan memberi manfaat kepada semua
     pihak yang terlibat.                                   Tetamu VIP yang hadir
            Bagi tahun 2019, PBM telah memulakan
     langkah   dengan    menganjurkan    program   yang
     bermauduk “Let’s Mingle with the Dragons of PBM”.
     Program ini dianjurkan pada 10 Mac 2019 jam 8:00
     malam sehingga 10:00 malam bertempat di LT2.
     Para pelajar yang hadir ke program ini telah
     didedahkan dengan barisan kepemimpinan PBM
     bagi sesi Januari 2019 hingga Disember 2019.
     Melalui program ini, para peserta telah didedahkan
     dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan pada
     tahun 2018 dan yang bakal dianjurkan pada
     semester Mac – Jun 2019.
          Program kedua yang dilaksanakan adalah
     “Let’s learn Hanzi Mei Xue”. Aktiviti ini telah
     dijalankan pada 30 Mac 2019 jam 8:00 pagi hingga
     1:00 petang. Para peserta yang terpilih telah                      Antara exco yang terlibat
     berkampung di LT2 untuk mempelajari tentang asal
     usul  pembentukan     Hanzi   dan   kaedah-kaedah
     penulisan Hanzi dengan lebih baik dan berkesan.
     Puan Koh Mui Lee dari Sekolah Menengah
     Kebangsaan     Cina   Seg   Hwa,   Segamat    telah
     diundang khas untuk memberi ceramah kepada
     para peserta. Rata-rata para peserta berpuas hati
     dengan tunjuk ajar dan limpahan ilmu yang
     ditumpahkan oleh Puan Koh pada pagi Sabtu yang
     indah itu.






   217
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231