Page 221 - eDinamik
P. 221

BENGKEL ‘OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): CONTINUOUS IMPROVEMENT’

                     UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG
                  Liyana Binti Roslan, Asmawati @ Fatin Najihah Binti Alias,
                                     Siti Nor Hafiza Mohd Yusoff



         Pendedahan dan perkongsian maklumat berkenaan kefahaman Outcome Based Education
         (OBE) dan penggunaan dan pembangunan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan pembangunan
         Continous Quality Improvement (CQI) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kalangan
         pensyarah merupakan satu maklumat yang sangat penting. Oleh itu, unit OBE UiTM Cawangan
         Johor Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan satu bengkel bertajuk ‘Outcome Based
         Education (OBE): Continuous Improvement’ pada 24 Julai 2019. Bengkel ini diadakan di Bilik
         Seminar Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
         Bengkel yang disampaikan oleh penyelaras OBE UiTMPG sendiri iaitu Cik Liyana Binti Roslan
         dan telah disertai seramai 35 orang peserta yang mana terdiri daripada Pensyarah Sumber (RP)
         dan juga Penyelaras Kod Kursus (LIC) yang melibatkan fakulti-fakulti serta pusat akademik di
         UiTMPG. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian
         maklumat    berkenaan   kaedah   pembangunan     templat  JSU    bagi  kod   kursus  untuk
         diimplementasikan secara lestari di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran terutamanya di
         kalangan RP dan LIC. Selain itu, bengkel ini juga merupakan satu wadah perkongsian dan
         penyampaian maklumat tentang kaedah Analisa CQI dan juga CQI Report. Sepanjang satu hari
         bengkel ini berlangsung, selain dari sesi ceramah para peserta turut menjalani sesi ‘hands-on’
         bagi menilai keberkesanan bengkel yang dihadiri. Hasil daripada bengkel yang diadakan hampir
         kesemua peserta yang hadir berjaya menyiapkan JSU bagi kod kursus masing-masing dan juga
         memahami cara-cara menganalisa laporan CQI. Oleh yang demikian, bengkel sebegini
         merupakan program ilmiah yang sangat bermanfaat kepada para pensyarah terutamanya bagi
         RP dan juga LIC. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta
         yang terlibat dalam menjayakan Bengkel ‘Outcome Based Education (OBE): Continuous
         Improvement’. Semoga bengkel sebegini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang
         dan dapat membantu menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti yang unggul berteraskan
         kesarjanaan dan kecemerlangan akademik.

























                                                                                                     212
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226