Page 217 - eDinamik
P. 217
ZIARAH KASIH 2.0
Mohd Johan Mohamed Ibrahim, Mazni Mat Zin, Nurul Izziyantie Mat Noor,
Herda Balqis Ismail, Saiful Jumali
Program ZIARAH KASIH 2.0 ini merupakan satu program khidmat bakti dan sukarelawan yang
dianjurkan oleh Civil Engineering Club (CIVEC) yang dijalankan di Pusat Kebajikan Baitul
Maghfirah, Bandar Baru Uda, Johor. Program ini dianjurkan bertujuan untuk meneruskan usaha
dari kalangan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam untuk mengadakan aktiviti amal dengan
melibatkan diri untuk membantu, berkongsi ilmu dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-
anak yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baik di Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Seramai 40 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) telah pergi ke
Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah dan menjalankan aktiviti seperti gotong – royong
membersihkan kawasan pusat kebajikan tersebut, memasak makanan untuk anak-anak Baitul
Maghfirah dan peserta program ini serta aktiviti riadah bersama anak-anak di pusat kebajikan
tersebut. Selain itu juga sesi motivasi turut disampaikan oleh pegawai pengiring kepada
penghuni Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah. Sebelum program berlansung, pihak CIVEC telah
mengumpulkan sumbangan untuk diberikan kepada pihak pusat kebaikan dengan meletakkan
tabung di Pusat Islam UiTM, membuat kutipan dari bilik ke bilik pensyarah dan juga dari bilik ke
bilik mahasiwa di kolej kediaman. Hasil yang dicapai melalui program ini, pihak CIVEC dapatlah
menghulurkan bantuan kepada pihak Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah dan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim di antara pihak UiTM dan anak-anak Baitul Maghfirah. Sumbangan
sebanyak RM 2,737.00 telah diberikan kepada Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah yang
merupakan hasil sumbangan daripada mahasiswa, pensyarah - pensyarah serta peniaga dari
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
Program ini mendapat impak yang positif kepada pihak Pusat Kebajikan Baitul
Maghfirah, ahli CIVEC dan sekaligus dapat memperkenalkan UiTM Cawangan Johor kampus
Pasir Gudang di mata masyarakat setempat. Selain itu juga ia dapat memberikan kesedaran
dan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh
Allah S.W.T kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam.
Gotong-royong diluar Gotong-royong didalam Slot motivasi bersama
pusat kebajikan. pusat kebajikan anak-anak yatim
208