Page 214 - eDinamik
P. 214

SUSTAINABLE FLOATING CITY COMPETITION


                                  Siti Shahidah Binti Sharipudin




          Program “SUSTAINABLE FLOATING CITY COMPETITION” merupakan salah satu program
          yang dianjurkan bagi memenuhi penilaian berterusan silibus bagi kod kursus Introduction to Civil
          Engineering - ECM157. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar
          menggunakan daya inovasi dan kreativiti mereka bagi membuat rekacipta penyelidikan
          berasaskan ilmu sains fizik dan kejuruteraan yang dipelajari. Ia juga boleh mendidik minda
          pelajar-pelajar kejuruteraan awam untuk mengembangkan idea-idea inovasi sains dan teknologi
          sehingga menjadi satu produk yang praktikal yang dapat menyumbang sesuatu faedah
          kepada   masyarakat   dan komuniti. Disamping itu, program seumpama ini boleh memberi
          pendedahan kepada para pelajar kejuruteraan awam untuk meningkatkan kemahiran
          komunikasi, berfikir, penyelesaian masalah selain menjadikan produk dan rekacipta projek yang
          dibuat sebagai satu sumber menjana pendapatan melalui konsep keusahawanan inovasi yang
          dihasilkan.

                        Program ini juga merupakan platform pembentangan projek para pelajar yang
          menggunakan konsep pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Melalui kaedah ini, para
          pelajar perlu menyelesaikan masalah untuk menghasilkan pembinaan bangunan yang mampan,
          dengan penggantian kaedah pembinaan konvensional bagi mengurangkan kesan kitar semula
          ekologi, kesihatan dan alam sekitar sekaligus mencetuskan konsep pembangunan bandar
          terapung yang lestari dalam reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan bangunan
          melalui khidmat nasihat pensyarah. Program “SUSTAINABLE FLOATING CITY COMPETITION”
          ini terdiri daripada 10 kumpulan yang terdiri daripada para pelajar Semester Satu Diploma
          Kejuruteraan Awam (EC110). Selain itu, seramai 4 orang juri telah dipilih untuk menilai hasil
          rekacipta para pelajar berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. Antara kriteria
          pemarkahan yang dinilai adalah penggunaan visual yang berkesan, kaedah penyampaian yang
          jelas, kandungan persembahan, maklumbalas yang membina dan kreatif menghasilkan produk.

                        Kesimpulannya, program ini dijalankan sebagai langkah menerapkan budaya
          pemikiran secara kreatif dan kritikal di dalam diri para pelajar terutamanya pelajar kejuruteraan
          awam. Selain itu, para pelajar dapat menonjolkan impak kajian penyelidikan mereka kepada
          industri komersil dan memberikan pendekatan sosial kepada komuniti pelajar yang lebih meluas.
          Ia juga bersesuaian dengan hasrat Universiti Teknologi MARA bagi melahirkan mahasiswa yang
          berdedikasi, berkualiti dan cemerlang untuk mampu bersaing diperingkat global.

















   205
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219