Page 213 - eDinamik
P. 213

CONSTRUCTION INDUSTRY INNOVATION COMPETITION

                                               (CIIC 2019)

                                        Nur Muizzah Bt Nawi


         Program   “CONSTRUCTION        INDUSTRY     INNOVATION     COMPETITION      (CIIC   2019)”
         merupakan salah satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam
         pelajar semester empat dan enam Diploma Kejuruteraan Awam untuk kursus ECM367 (Project
         and Construction Management).     Pertandingan ini telah berlangsung pada 13 Jun 2019
         bertempat di Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI), UiTM Pasir Gudang yang dibiayai sepenuhnya
         dari Tabung Amanah Pelajar (TAPA). Terdapat sejumlah 103 kumpulan projek yang telah
         bertanding melibatkan 4-5 peserta untuk setiap kumpulan. Seramai 40 orang pensyarah telah
         terlibat sebagai juri iaitu terdiri daripada pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan juga
         pensyarah dari fakulti lain. CIIC 2019 dijalankan bertujuan untuk mempamerkan hasil kreativiti
         dan inovasi pelajar berkaitan dengan projek pembangunan yang telah mereka putuskan.


                       Kumpulan pelajar     telah diberikan tugas awalan untuk mengkaji         dan
         mencadangkan pembangunan yang sesuai dibina di atas tapak kosong yang telah diberikan.
         Sepanjang semester, pelajar perlu membuat kajian tentang potensi kewujudan pembangunan
         dari segi teknikal dan kebolehpasaran. Di akhir tugasan tersebut, setiap kumpulan perlu
         menyediakan model tapak binaan semasa proses pembinaan dan juga selepas proses
         pembinaan selesai. Kemahiran diperolehi dengan melatih pelajar menggunakan daya inovasi
         dan kreativiti bagi menjalankan penyelidikan berasaskan ilmu pengurusan projek dan
         pembinaan yang telah diterapkan sepanjang waktu kuliah. Ia juga memberi pendedahan kepada
         pelajar tentang bagaimana sesebuah projek diputuskan untuk dibina di sesebuah kawasan
         berdasarkan siasatan awalan di tapak.

                       Kesimpulannya, program ini dijalankan sebagai langkah menerapkan budaya
         pemikiran secara kreatif dan kritikal di dalam diri para pelajar terutamanya pelajar fakulti
         kejuruteraan awam. Selain itu, para pelajar dapat menonjolkan impak kajian penyelidikan
         mereka kepada masyarakat dan memberikan pendekatan kepada pelajar tentang pentingnya
         kajian awalan untuk membangunkan sesebuah projek pembangunan.

























                                                                                                       204
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218