Page 216 - eDinamik
P. 216

SUSTAINABLE MATERIALS INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION


     Mazni Mat Zin, Siti Shahidah Binti Sharipudin, Nor Mayuze Mohammad, Saiful
                              Jumali, Mohd Johan Mohamed Ibrahim




          Program “SUSTAINABLE MATERIALS INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION 2019
          (SMIIEX 2019)” merupakan salah satu usaha Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) untuk
          menyediakan platform kepada pelajar semester Empat Diploma Kejuruteraan Awam
          menggunakan daya kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan bahan binaan yang berkonsepkan
          ‘sustainable material’ untuk menyahut hasrat Universiti Teknologi MARA melahirkan mahasiswa
          yang berdedikasi, berkualiti, cemerlang, serta mempunyai asas keusahawanan yang mampu
          bersaing diperingkat global. Program ini diadakan pada 4 Mei 2019 bermula pukul 7.30 pagi
          sehingga 6.00 petang. Kumpulan pelajar terlibat ialah yang mengambil kod kursus ECS246-Civil
          Engineering Materials.

          Setiap kumpulan pelajar akan bertanding untuk kategori produk bahan mampan terbaik
          berteraskan inovasi dan teknikal serta kategori pembentangan projek terbaik. Selain kerjasama
          berkumpulan, disiplin, kretiviti dan inovasi, pelajar juga di nilai dari segi kecekapan dalam
          berkomunikasi. Projek yang dihasilkan perlu dibentangkan melalui poster yang dihasilkan
          mengikut kretiviti pelajar. Panel penilai yang dilantik dan dipilih oleh pihak fakulti akan
          memberikan penilaian kepada produk inovasi dan reka cipta yang boleh dikomersialkan. Selain
          dapat membangunkan pemikiran kreatif dan inovatif, program sebegini juga dapat
          membudayakan penyelidikan di kalangan pelajar dalam bahan-bahan kejuruteraan awam
          amnya dan khususnya dalam bancuhan konkrit yang lestari. Impak yang positif juga apabila
          program sebegini dapat memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan
          teori kejuruteraan yang diajar untuk di praktikkan. Seiring dengan permintaan industri yang
          memerlukan kemahiran praktikal di kalangan mahasiswa dan apa yang lebih penting, proses
          pembelajaran itu sendiri tidak hanya mengambil kira keperluan akademik pelajar, tetapi juga
          keperluan emosi, kreatif, psikologi, rohani, dan perkembangan mahasiswa untuk terus berjuang
          di arena kerjaya kelak. Secara kesimpulan, program yang diadakan dapat memberi pendedahan
          dan minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan awam terutamanya dalam bidang struktur
          dan bahan.


















                                       Gambar sekitar program yang dijalankan.



   207
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221