Page 208 - eDinamik
P. 208
Lantas aku melompat keatas basikal dan kembali mengayuh dengan kelajuan
tertinggi. Seketika aku menjeling ke tempat tadi dan menarik nafas lega melihat kelibat itu sudah
tiada. Namun kelegaan itu tidak lama apabila aku melihat dia terawang depan sedikit dari sisiku
tidak jauh 30 m dalam kebun. Dapat kurasakan dia berdiri tegak memerhatikanku. Kaki yang
pendek ini berusaha keras untuk lebih laju, dan sekali lagi walaupun aku yakin telah
meninggalkan dia, aku masih dapat melihat dia di hadapan ditepi pokok, hanya berdiri tegak
menunggu aku sampai. ‘Eeeee’ Kakiku mula longlai apabila Cik Ponti mengeluarkan hilaiannya
membuat seluruh keberanianku direntap. Namun aku mula sedar aku menghampiri pinggir
kampung apabila aku dapat melihat bayang rumah berdekatan. Sesampai dirumah jam sudah
menunjukkan pukul 8.30 malam. Seperti biasa, mak sudah menyediakan 2 baldi air untuk aku
membersih diri bersama sabun cap kapak. Namun hari itu aku mendapat bekalan rotan terlebih
dahulu kerana lewat pulang. Pengalaman ini berlaku beberapa kali terutama apabila aku balik
lewat. Namun makin lama, aku membayangkan peristiwa ini seperti perlumbaan rempit antara
jaguh kampung, Yati dengan Cik Ponti berkesudahan kemenangan mutlak kepada Cik Ponti.
Malah aku juga perasan dia akan mengilai setiap kali aku menghampiri kawasan kampung
menandakan perlumbaan kami akan berakhir.
Untuk pengetahuan pembaca, lokasi Gunung Sari itu mak saya pun dah tak pasti
dimana kerana dia ‘berhenti kerja’ jadi penghantar makanan selepas hasil tuaian padi merosot
dan pakcik saya masuk kerja kerajaan. Sekian.
199