Page 233 - eDinamik
P. 233
Week Without Walls DEPC BBM154 di ITBM
32 orang pelajar semester 2 subjek BBM154 Bahasa Melayu untuk Tujuan Terjemahan
yang sedang mengikuti program Diploma in English for Professional Communication telah
membuat lawatan akademik ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Wangsa
Maju,Kuala Lumpur pada 25hb April 2019 sebagai aktiviti kelas sempena minggu “Week
Without Walls”.
Lawatan akademik pertama untuk kumpulan pelajar tersebut bertujuan untuk
memberikan pendedahan tentang aktiviti bidang terjemahan sejak ITBM,yang terlebih
dahulu dikenali sebagai ITNM ditubuhkan pada 14 September 1993.
Pengisian pertama lawatan adalah sesi taklimat oleh Puan Norzaiti,Pegawai
Perhubungan yang menyampaikan taklimat pengenalan tentang fungsi ITBM untuk
menaikkan taraf industri terjemahan,memindahkan pengetahuan di arena antarabangsa
serta meningkatkan karya penulis di Malaysia. Pelajar turut berpeluang bersoal jawab
tentang kadar bayaran dan pendapatan para penterjemah dan jurubahasa. Selesai
taklimat,rombongan pelajar ini dibawa ke stesyen kerja para penterjemah dan editor di
Tingkat 3. Mereka berpeluang bertanya sendiri dan melihat cara kerja yang sedang
dilakukan.
Selain berpeluang menemubual
beberapa orang penterjemah dan
editor,mereka turut bertuah kerana dapat
menjadi pemerhati kepada Kursus
Jurubahasa Mahkamah yang sedang
diikuti oleh pelajar-pelajar Thailand.
Sesi terakhir adalah lawatan ke Kedai
Buku ITBM yang sedang mengadakan
jualan dengan potongan harga yang
menarik. Pelajar berpeluang menikmati
harga diskaun istimewa untuk pembelian
pada hari itu. Pelajar-pelajar program Diploma in English for
Professional Communication yang turut serta dalam
lawatan
Sewaktu perjalanan pulang,aktiviti di dalam bas turut diadakan. Soalan kuiz tentang lawatan
telah diadakan dan pelajar yang dapat menjawab soalan diberikan hadiah. Selain itu,aktiviti
menterjemah lirik nyanyian daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan Bahasa
Inggeris ke Bahasa Melayu turut diselitkan.
Kesimpulannya,objektif program tercapai disamping pelajar dapat belajar cara
mengendalikan program.
Disediakan oleh 224
NAZHATULSHIMA NOLAN