Page 236 - eDinamik
P. 236

Laporan Aktiviti TAME





           The Aristocratic Members of English (TAME) ditubuhkan pada sesi September 2018/2019 di
           mana Puan Fazdilah Md Kassim dan Puan Derwina Daud telah dilantik menjadi penasihat-
           penasihat kelab ini. Aina Yasmin Azizi telah dilantik sebagai Presiden bagi kelab TAME
           manakala Insafi Saifin dilantik sebagai Naib Presiden kelab. Nur Layli Mohamed Khayandari
           ialah Bendahari kelab manakala Setiausaha bagi kelab TAME ialah Muhammad Hariz Mohd
           Hanapi.



            Mesyuarat telah diadakan dan perlantikan ahli eksekutif (EXCO) bagi kelab TAME, iaitu
            EXCO Perhubungan, Protokol, Akademik, Kebajikan serta Multimedia adalah seperti berikut:

            •    EXCO Perhubungan:      Amir Amsyar dan Ejiofor Adam Young
            •    EXCO Protokol:         Ahmad Eeiman Hafeezd dan Najlaa Huda

            •    EXCO Akademik:         Rabi’atul Adawiyah dan Ahmad Khairunee
            •    EXCO Kebajikan:        Nur Faiqah Abqarah dan Azlin Nadira

            •    EXCO Multimedia:       Mohammad Nabil Asyraf, Nurul Hanisah dan Amirah Huda Dini



                  Ahli-ahli kelab yang lain juga telah bersetuju dengan slogan TAME iaitu “Imperium in
          Imperio” yang membawa maksud kepada “Empayar di dalam empayar yang lain”. Logo kelab
          juga telah dipilih dan dipersetujui oleh semua daripada keempat-empat logo yang
          dicadangkan:




















                   Mesyuarat telah berakhir dengan perbincangan penubuhan aktiviti-aktiviti untuk
           kelab TAME pada masa hadapan seperti program Team Building, aktiviti penerapan adat
           dan budaya serta pertandingan “News Anchor and Infographic”.






   227
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241