Page 277 - e-Dinamik
P. 277
Laporan Program Eksplorasi Excell
Pada 18 Februari 2019 yang lalu, Jabatan Undang-Undang
telah menjalankan satu program bertajuk Eksplorasi Excell
bertempat di Trading Room, PTDI 1. Program ini bertujuan
untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan
program Excell. Program ini telah berjaya menarik seramai
31 orang peserta dalam kalangan warga akademik dan
pentadbiran.
Penceramah jemutan iaitu Puan Musmailina
Mustafa Kamal sangat santai semasa sesi perkongsian
tersebut menyebabkan peserta tidak kering gusi. Ditambah
lagi dengan pelbagai tips tentang penggunaan Excell ini
menyebabkan peserta sangat berpuas hati.
Program yang berlangsung selama lebih kurang Penceramah, Puan Musmailina
membantu peserta yang
4 jam telah memberi banyak manfaat tentang penggunaan menghadapi masalah dengan
Excell dalam kalangan warga UiTM Johor Kampus Segamat. penggunaan Excell.
Malah ada peserta yang meminta Jabatan Undang-Undang
untuk membuat program susulan.
Disediakan oleh: Norintan Wahab
Peserta kelihatan bersungguh-
sungguh mendengar
penerangan dari puan
penceramah.
267