Page 281 - e-Dinamik
P. 281

Persidangan Orang Asli 2019



          Pada 3 hingga 5 September 2019, saya telah menghadiri satu konferensi yang bertajuk “International
          Conference of Indigenous People”. Konferensi yang bertemakan Orang Asli itu telah adakan di Han Forest
          Resort, Taman Negara, Pahang. Konferensi yang dianjurkan oleh UiTM Cawangan Pahang ini telah
          dihadiri oleh ramai ahli akademik, para penyelidik dan saintis.
                    Di dalam konferensi tersebut, saya telah membentangkan dua kertas kerja bersama dua orang

          penyelidik dari UiTM Johor, iaitu Prof Madya Ahmad Nawawi Yaakob dan Puan Rohani Jangga.  Kertas
          kerja pertama bertajuk Perlantikan Tok Batin Kaum Jakun Di Daerah Segamat, Johor: Perbandingan Di
          Antara Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) Dengan Undang-Undang Adat.



























                                                    Penulisa bergambar kenangan bersama
                                                    rakan penyelidik berlatarbelakangkan tajuk
                                                    kajian.
          Kajian kedua pula bertajuk Peranan ‘Tok Biah’ Dalam Adat Dan Kepercayaan Orang Asli Jakun Di
          Perkampungan Bekok, Daerah Segamat, Johor.  Tok Biah adalah satu istilah yang merujuk kepada bomoh

          didalam kepercayaan suku kaum Jakun di perkampungan Bekok.
                    Secara kesimpulannya, peluang untuk menghadiri konferensi sebegini adalah sangat berharga
          bagi saya. Konferensi sebegini menjadi wadah kepada penemuan baru hasil daripada penyelidikan yang
          mungkin kita tidak terfikir. Pendedahan daripada rahsia alam ini sangat sangat menakjubkan.



          Disediakan oleh: Alizah Ali







   271
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286