Page 284 - e-Dinamik
P. 284
Hak Wanita Selepas Perceraian
Oleh Alizah Ali & Noraini Ismail
Perceraian merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah. Walaubagaimanapun
ianya dibenarkan oleh syarak di atas sebab-sebab yang tertentu. Perceraian boleh dilakukan secara talak
(lafaz talak oleh suami), fasakh (tuntutan cerai oleh isteri akibat berlaku perkara yang memudaratkan) dan
khuluk (tebus talak). Perceraian perlu dilakukan dan didaftarkan di mahkamah syariah. Kegagalan untuk
berbuat demikian boleh menyebabkan pasangan didenda.
Apabila berlaku perceraian, terdapat beberapa perkara yang bekas isteri boleh tuntut di
mahkamah syariah. Antaranya ialah nafkah iddah, mut’ah, harta sepencarian, hadanah (hak jagaan anak),
nafkah anak, tunggakan nafkah dan hak tempat tinggal.
Nafkah iddah adalah merujuk kepada nafkah yang wajib dibayar oleh bekas suami kepada
bekas isterinya sepanjang si isteri di dalam tempoh iddah. Nafkah yang dimaksudkan di sini ialah
makanan, pakaian dan tempat tinggal. Jumlah bayaran nafkah ini biasanya ditetapkan oleh mahkamah
dan ianya bergantung kepada keadaan isteri, pekerjaan isteri dan beberapa kriteria yang akan
dipertimbangkan oleh pihak mahkamah.
Bekas isteri boleh memohon untuk mendapatkan mut’ah. Mutaah ialah suatu pembayaran
sagu hati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai. Sagu hati
mutaah ini diberikan sekiranya perceraian berlaku bukan disebabkan oleh kesalahan pihak bekas isteri.
Ayat 236 surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Hendaklah kamu memberikan Mutaah (iaitu
pemberian sagu hati) kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah
memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi suami yang susah menurut kemampuannya
sebagai pemberian sagu hati menurut apa yang patut dan menjadi satu kewajipan ke atas orang yang
mahu berbuat demikian”. Mengikut Imam Shafie, mutaah itu wajib diberikan kepada isteri sama ada dia
diceraikan sebelum atau selepas disetubuhi. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan
barangan. Mutaah bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh bekas isteri akibat
diceraikan oleh bekas suaminya.
Tidak ada formula khas yang wajib digunakan oleh Hakim semasa menentukah kadar
pemberian mut’ah. Namun, jumlah pemberian mut’ah hendaklah diasaskan kepada –
(a) kemampuan suami;
(b) status pasangan;
(c) tempoh perkahwinan;
(d) pengorbanan isteri.
274