Page 33 - MAJALAH THE PIONEERS KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK EDISI 2021
P. 33
The
Pendaftaran & Taklimat
Pelajar Asrama
Pada 03 OKTOBER 2021 [Hari Ahad] pendaftaran masuk pelajar asrama ke K-TES setelah tamat
sesi PdPr telah berlangsung. Pendaftaran bermula seawal jam 0700 pagi dengan pendaftaran
pelajar mengikut SOP pasca Covid-19 yang telah dimaklumkan di dalam group Whatsapp
Warden dan asrama masing-masing.
Semua Warden berada di kawasan pondok pengawal seawal pagi tersebut sehingga pukul 4
petang. Semasa pendaftaran, semakan borang kemasukkan ke asrama di semak oleh Warden
selain memastikan suhu badan pelajar di ambil dan dicatat.
Proses pendaftaran diteruskan dengan memberi Kit Ujian Kendiri (RTK) kepada pelajar di
kawasan akademik yang dipantau oleh seorang Warden dan Penyelia Asrama. Keputusan Kit
Ujian Kendiri diserahkan kepada Warden yang bertugas sebelum pelajar dibenarkan untuk
mendaftar di kaunter pendaftaran asrama selepas mendapat keputusan Covid-19 negatif.
Pelajar yang mendapat keputusan yang positif terus diasingkan di bilik yang telah ditetapkan
sementara menunggu ibu bapa pelajar datang untuk membawa mereka balik dan
menjalankan ujian seterusnya di klinik yang berdekatan.
Pendaftaran pelajar asrama yang berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama dan
sokongan dari semua pihak yang terlibat.
.
32
@Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021