Page 35 - MAJALAH THE PIONEERS KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK EDISI 2021
P. 35

The





      LAPORAN PERTANDINGAN KARAOKE ONLINE
      ASRAMA ALAMANDA & CEMPAKA

      Tarikh : 27-28 Februari 2021
      Hari          : Sabtu - Ahad
      Tempat: Asrama Alamanda & Cempaka

      Pertandingan  peringkat asrama   ini  direalisasikan
      selepas pihak Lembaga Pengawas Asrama membuat
      tinjauan tentang minat dan jenis pertandingan yang
      mereka inginkan. Selain itu, pertandingan seperti ini
      juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada
      pelajar untuk merasai suasana pertandingan secara
      maya. Aktiviti seperti ini juga dapat memberi peluang
      kepada pelajar menyerlahkan bakat yang dimiliki dan
      membentuk serta memupuk nilai murni seperti
      semangat   bekerjasama,  hormat   -  menghormati,
      berdaya saing dan untuk meningkatkan markah
      pencapaian kokurikulum pelajar. Pertandingan ini
      melibatkan 25 orang pelajar asrama yang mewakili bilik
      masing-masing. Konsep pertandingan adalah secara
      online di mana peserta perlu menghantar video mereka
      kepada pihak penganjur sebelum diserahkan kepada
      hakim pertandingan.


      Pemenang:
      Asrama Alamanda
      Tempat pertama       : Nor Arif Danial Bin Missis@Isis
      Tempat Kedua         : Mohamad Zariman Bin Buang
      Tempat Ketiga        : Rachel Ivan Anak Michael

      Asrama Cempaka
      Tempat pertama       : Mingat Anak Mangat
      Tempat Kedua         : Nurmaidzatul Natrah Bt Salleh
      Tempat Ketiga        : Nurhanani Bt Hanis





























                                                                                                         34
 @Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40