Page 75 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 75

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH  l 2019

                   CADANGAN NILAI-NILAI MURNI




           BIL                NILAI                                      PENERANGAN

            1    Bertanggungjawab                 Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas / kewajipan
                                                  dan melaksanakannya dengan sempurna.

            2    Hormat-menghormati               Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi so-
                                                  sial dan memberi layanan yang baik.
                                                  HORMAT DAN TAAT KEPADA IBU BAPA
                                                  Kewajiban dan tanggungjawab seseorang anak bagi
                                                  memuliakan ibu bapa.
                                                  HORMAT KEPADA ORANG YANG LEBIH TUA, GURU,
                                                  RAKAN, JIRAN DAN PEMIMPIN
                                                  Menunjukkan rasa hormat kepada golongan yang terse-
                                                  but    dengan memberi layanan yang baik.
                                                  HORMAT KEPADA RAJA DAN NEGARA
                                                  Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang
                                                  Negara seperti bendera dan lagu kebangsaan.

            3    Patuh kepada undang-undang  Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan
                 & ketetapan masa                 yang telah ditentukan tanpa mengira di mana sahaja
                                                  seseorang itu berada.
                                                  Menepati waktu dang menggunakan masa dengan ber-
                                                  faedah.

            4    Menghargai kebijaksanaan,            Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengala-
                 pengalaman dan jasa,                    man, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu bidang /
                 menghargai tenaga kerja &           lapangan.
                 menghargai maruah diri             Menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbangan.
                                                    Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira
                                                     taraf dan kedudukan
            5    Kasih sayang                     Perasaan cinta, kasih da sayang yang mendalam dan
                                                  berkekalan lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu.
                                                  Menghargai dan tidak menganiaya orang lain / sesama
                                                  insane serta sentiasa ingin     memelihara alam sekeliling
                                                  untuk kesejahteraan hidup.

            6    Baik hati                        Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap peasaan
                                                  dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.  Sikap baik
                                                  hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak-tanduk
                                                  seseorang terhadap orang lain.
            7    Bertimbang rasa                  Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.

            8    Belas kasihan                    Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan
                                                  orang lain.
            9    Murah hati                       Sedia member bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
                                                  memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau
                                                  sokongan moral.

            10  Berdikari                         Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
                                                  bergantung atau meminta bantuan orang lain (dalam erti
                                                  kata, buat sendiri tugasan / kerja yang diberikan)





                                                           73
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80