Page 76 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 76
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH l 2019
BIL NILAI PENERANGAN
11 Hemah tinggi Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lem-
but serta berbudi bahsa yang patut diamalkan oleh
seseorang dalam hubungannya dengan ahli masyarakat
yang lain.
12 Kesopanan Bersopan santun, berbudi pekerti yang tinggi, tidak
angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong da-
lam pergaulan dengan orang lain.
13 Adil Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta
tidak berat sebelah. Mempertimbangkan sesuatu secara
menyeluruh dan wajar.
14 Amanah / Jujur Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan ke-
percayaan dan keyakinan orang lain.
15 Ikhlas Kesucian hati tanpa mengharapkan balasan apabila
melakukan sesuatu.
16 Rajin Usaha berterusan yang penuh dengan semangat,
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya
usaha dalam melakukan sesuatu perkara (berusaha ber-
sungguh-sungguh, bersemangatdan berminat)
17 Bekerjasama / Bermuafakat Usaha yang baik dan membina yang dilakukansecara ber-
sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau
Negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Sentiasa
mengutamakan persetujuan dan bekerjasama dalam
menjalankan sesuatu peerjaan bagi kepentingan bersa-
ma.
18 Berterima kasih Perasaan yang dilahirkan untuk menunjukkan pengiktira-
fan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
19 Bersyukur Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di
atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi.
20 Jaya diri / Yakin pada diri Berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri
sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup.
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup ber-
tindak.
21 Ramah mesra Suka bergaul da tidak mengasingkan diri.
22 Peka / Prihatin Sentiasa menyedari, mengambil berat dan berusaha men-
cari penyelesaian untuk mengartasi masalah yang berkai-
tan dengan masyarakat demi kebaika bersama.
23 Perpaduan Suasana persefahaman dan kerjasama di peringkat
keluarga, rakan sebaya, komuniti, masyarakat, Negara
dan antarabangsa tanpa mengira bangsa dan agama,
taraf mahupun kedudukan.
24 Mementingkan kebersihan diri Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang
persekitaran perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kese-
jahteraan hidup. Pemeliharaan ala sekitar juga amat
penting supaya kita bebas daripada kekotoran dapence-
maran serta penyakit.
74

