Page 82 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 82
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH l 2019
4. Buku teks, Biasiswa dan Bantuan
Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada semua murid dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis dengan nama murid.
Mengemaskinikan fail SPBT dari masa ke semasa.
Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama
murid-murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan
memberikan senarai itu kepada guru SPBT.
Mengenalpasti murid-murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang
lain dan melaporkan kepada GPK HEM.
5. Kutipan yuran dan derma
Mengutip sumbangan PIBG pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar
kesemua yuran sekaligus.
Mengeluarkan resit yang diperakui oleh pentadbiran sekolah bagi bayaran yang
dibuat.
Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah serta buku kutipan yuran kepada
Pegawai Tadbir Sekolah.
6. Pendaftaran Pelajar Baru
Menerima kemasukan murid-murid baru dari GPK HEM.
Mendaftarkan murid-murid baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan
mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar
daripada GPK HEM.
Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari ibu bapa / penjaga
dan memastikan murid-murid tersebut mendapat buku teks.
Menentukan mengisi Kad Kemajuan Pelajar dan Kesihatan yang diperolehi dari
GPK HEM.
Mengambil butir-butir diri murid-murid di bawah jagaanya.
7. Murid Keluar
Melengkapkan dan menetukan Kad Kemajuan Pelajar dan Kad Kesihatan murid
dihantar ke pejabat.
Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
Menentukan buku teks telah dipulangkan.
8. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan Lain-lain
Menentukan setiap murid-murid mempunyai rumah sukan dan rujuk kepada guru
kokurikulum.
Memastikan setiap murid-murid (Tahap 2) menyertai aktiviti kokurikulum mengikut
senarai nama persatuan, kelab dan unit beruniform yang telah dipilih oleh
Setiausaha Kokurikulum.
Melengkapkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
80

