Page 83 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 83
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH l 2019
PANDUAN MENULIS BUKU JADUAL KEDATANGAN
1. SILA BACA DAN FAHAM ARAHAN mengisi Jadual Kedatangan ( muka surat pertama
buku kedatangan ).
2. Tulisan mesti guna HURUF BESAR.
3. Tulis dengan ballpen dakwat HITAM SAHAJA. Penggunaan pen dakwat basah tidak
digalakkan sama sekali.
4. Sila tulis nama penuh murid berserta dengan bin/binti. Nama dan nombor sijil kelahiran
murid mesti merujuk Sijil Kelahiran murid.
5. Sekiranya salah, potong satu garisan sahaja dengan pembaris dan tulis maklumat
yang betul di bahagian atas tempat yang sama.
6. CECAIR PEMADAM (liquid paper) atau getah pemadam tidak boleh digunakan.
7. NO. PENDAFTARAN dan JANTINA murid mestilah diisi setiap bulan.
8. Purata kedatangan ditulis sehingga 2 titik perpuluhan (cth : 90.35%) dan purata ramai
murid mestilah ditulis dalam Angka Genap terhampir.
9. Kedatangan murid mestilah ditandakan oleh GURU KELAS. SEKIRANYA guru kelas tidak
hadir, guruyang mengajar WAKTU PERTAMA dikehendaki menanda murid yang tidak
hadir sahaja dengan pensel.
10. Buku jadual kedatangan yang siap ditanda mestilah dihantar ke pejabat selewat-
lewatnya waktu kedua.
11. Jadual Kedatangan mestilah ditutup pada setiap akhir bulan. Sekiranya hari cuti,
hendaklah ditutup sehari sebelumnya.
12. Jadual Kedatangan murid MESTI disimpan di pejabat, TIDAK DIBENARKAN dibawa
pulang.
81

