Page 91 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 91

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH  l 2019

            PANDUAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN SEKOLAH 2019



        1.    Penggunaan Mesin Fotostat
              Sila hantar bahan ke pejabat lebih awal dan tuliskan bilangan yang diperlukan serta
              catatkan maklumat yang berkenaan di dalam buku rekod. Staf di pejabat akan membuat
              fotostat pada masa yang ditetapkan.

        2.    Penghantaran Rekod Persediaan Mengajar
              Semua rekod persediaan mengajar mesti disiapkan dan hantar ke pejabat pada hari Jumaat.
              Jika didapati terlewat menghantar tanpa makluman kepada guru besar, guru yang terlibat
              akan diminta menjawab surat tunjuk sebab.

        3.    Penghantaran Jadual Kedatangan Murid
              Semua  jadual  kedatangan  perlu  diambil  sebelum  masa  pertama  bermula.  Setelah  catatan
              kehadiran murid selesai dilakukan, jadual kedatangan ini mesti dihantar ke pejabat sebelum
              pukul  9.00  bagi  sesi  pagi  dan  pukul 2.30  petang  bagi  sesi  petang.  Kecuali  pada  hari  akhir
              menamatkan  jadual  bulanan.  Jadual  ini  perlu  dilengkapkan  dengan  maklumat  murid  dan
              nombor telefon penjaga. Semua jadual perlu simpan di pejabat sebelum balik.

        4.    Mencetak Bahan Latihan Murid / Soalan Ujian / Peperiksaan
              Semua  bahan  perlu  dihantar  awal  kepada  PAP  untuk  dicetak.  Soalan  peperiksaan  mesti
              disemak oleh ketua panitia sebelum dihantar untuk dicetak.

        5.    Kehadiran Guru
              Semua  guru  dan  staf  dikehendaki  ‘Punch  Card’  sendiri  di  pejabat.  Guru-guru  yang  hadir
              lewat dan tidak hadir tanpa makluman perlu tulis surat tunjuk sebab. Jika ambil  ‘MC’ sila
              telefon Guru Besar / GPK Pentadbiran / GPK Petang.

        6.    Penggunaan Telefon Sekolah
              Guru-guru boleh menggunakan telefon sekolah untuk urusan sekolah sahaja.

        7.    Pengurusan Masalah / Kes Murid / Ibu Bapa / Pihak Luar (1,3.7)
              Sila maklum kepada pihak pentadbir secepat mungkin sebelum sesuatu tindakan diambil. Jika
              kes berat buat laporan bertulis dan menyelesaikan masalah dengan baik. Tolong kurangkan
              komplain daripada pihak ibu bapa demi kecemerlangan sekolah.

        8.    Pakaian Kerja / Kasut
              Guru-guru  dikehendaki  memakai  pakaian  kerja  yang  kemas  dan  kasut  semasa  bertugas  di
              sekolah atau menghadiri mesyuarat . Masa mengajar P.Jasmani pula dengan pakaian PJ yang
              sesuai. Pakaian Unit Beruniform pula dipakai pada hari Rabu semasa aktiviti uniform dijalan-
              kan.

        9.    Perhimpunan Hari Isnin
              Pada hari perhimpunan, semua guru dikehendaki hadir bersama ke dewan dan menyanyikan
              lagu-lagu bersama. Guru-guru juga perlu memberi tumpuan kepada guru yang berucap dan
              tidak bercakap atau berbincang semasa perhimpunan diadakan. Ini akan menjadi role model
              kepada murid-murid.












                                                           89
   86   87   88   89   90   91   92   93