Page 92 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 92
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH l 2019
10. Kecerian dan Kebersihan Bilik Guru
Sila pastikan tidak ada buku-buku terkumpul di atas meja dan semua harta benda disimpan di
dalam almari. Meja guru haruslah bersih dan dikosongkan sebelum pulang.
11. Mesyuarat Guru / KIK / Mesyuarat Guru Sedarjah / Perjumpaan AJK / Mesyuarat HEM /
Mesyuarat KOKO
Semua jenis mesyuarat tersebut di atas perlu dilakukan pada masa yang ditetapkan dan tid-
ak menjejaskan masa P&P. Sila pastikan agenda mesyuarat dirancang awal dan diselaraskan
oleh GPK Pentadbiran dan dimaklumkan kepada Guru Besar. Hasil laporan mesyuarat mesti
direkodkan dan serah minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari untuk difailkan.
12. Budaya Ilmu / Program Membaca (10 minit)
Pastikan masa yang diambil menepati masa yang diperuntukkan. Kempen berterusan supaya
budaya ini mantap dan jadi amalan setiap hari
13. Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan “CORE BISNESS”
Semua guru mesti melaksanakan P&P dengan cemerlang. Menyemak buku kerja / latihan
murid / kerja rumah untuk mengesan kelemahan murid. Bincangkan masalah P&P dan masa-
lah murid dalam mesyuarat panitia mata pelajaran. Terangkan kaedah mengajar dan
kecukupan latihan untuk perbincangan dalam mesyuarat.
14. Penglibatan Tugas-Tugas Luar
Guru yang terlibat dengan tugas luar yang diarahkan oleh PPD/JPN/Agensi lain, sila pasti-
kan kerja bertulis telah disediakan dan diserahkan kepada GPK Pentadbiran atau GPK
Petang sebelum meninggalkan sekolah. Tanggungjawab seterusnya akan dilakukan oleh guru
relief. Sila pastikan kebenaran untuk keluar telah diperolehi sebelum guru boleh keluar dari
sekolah.
15. Menghadiri Kursus / Seminar
Setelah guru-guru kembali dari kursus, perlu mencatatkan hasil dapatan dalam minit curai
dan serah bahan kepada Guru Besar. Diikuti pula menjalankan “In House Training” kepada
guru-guru lain.
16. Kebersihan Kelas – Tanggungjawab Semua Guru
Semua guru yang mengajar pada masa terakhir dikehendaki menunggu dalam kelas tersebut
sehingga murid-murid selesai menyapu. Jika kelas bergerak, guru tersebut dikehandaki me-
meriksa kelas tersebut dan memastikan murid-murid telah membersihkan kelas sebelum ba-
lik. Guru bertugas diamanahkan memeriksa kelas sebelum balik untuk penilaian.
17. Kecerian Kelas – Tanggungjawab Guru Kelas
Semua guru kelas pagi dan petang bertanggung jawab bersama menceriakan kelas masing-
masing. Penilaian akan dimulakan pada minggu kedua Januari.
18. Sistem Pengiktirafan Untuk Guru-Program Inovasi
Bagi guru-guru rajin dan komited kepada tugas sekolah, sijil penghargaan akan diberi
selepas selesai sesuatu tugas. Sijil-sijil tersebut boleh membantu guru-guru semasa memo-
hon naik pangkat dan temuduga.
19. Jadual Waktu Kelas
Semua guru kelas dikehandaki mengedarkan jadual waktu kelas kepada murid-murid untuk
mengelakkan murid-murid membawa beg berat ke sekolah.
90

