Page 21 - Manual Pengurusan HEM BRASS 2019
P. 21

Manual Pengurusan HAL EHWAL MURID 2019                                                              s  m  k  b  r  –  cendekia Z etika Z terampil
                   Borang B dan panjangkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah
               6.  Penyelaras  hendaklah  menyediakan  kaedah  perhubungan  yang  cekap  di  antara  pihak  mangsa  banjir  (yang
                   boleh  datang  ke  sekolah  pada  bila-bila  masa)  dan  pihak  penyelaras.  Oleh  yang  demikian  penyelaras  perlu
                   memberi  taklimat  kepada  semua  staf  termasuk  jaga  sekolah  tentang    tindakanserta  merta  yang  perlu
                   diambilapabila  mangsa banjir    datang ke sekolah.
               7.  Menyediakan nombor telefonbeliau dan pembantunya (jika ada) yang boleh dihubungi pada bila-bila masa dan
                   mengedarkannya kepada semua staf dan jaga sekolah (jika ada).
               8.  Memaklumkan dan meminta jaga sekolah dan staf yang tinggal di sekolah (jika ada) untuk sentiasa bersedia pada
                   bila-bila masa membuka pagar sekolah, ruang-ruang penempatan dan kemudahan asas lain serta merta apabila
                   mangsa banjir tiba di sekolah.
               9.  Menyedia ruang khas yang selamat untuk memasakbagi mangsa banjir (bukannya menggunakan bilik darjah, di
                   atas meja dan seumpama dengannya).
               10.  Keluar masuk orang awam ke kawasan sekolah hendaklah dipantau.
               11.  Bilik-bilik penyimpanan peralatan dan harta benda sekolah yang berhargahendaklah sentiasa dijaga dan dikunci.
               12.  Bila bencana -banjir berlaku, maklumat-maklumat berikut hendaklah dikemaskini :-
                      •  Sekolah-sekolah  yang  ditimpa  bencana-  banjir  atau  jalan  ke  sekolah  dilanda  bencana  atau  dinaikiair
                          hendaklah direkod menggunakan Borang C
               13.  Sekolah-sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan bencana -banjirhendaklah direkod menggunakan
                   Borang D.
               14.  Maklumat  murid-murid  yang  menghadapi  bencana  -  banjir  (mangsa)  sama  ada  di  rumah  atau  di  sekolah
                   hendaklah direkod dengan menggunakan Borang E.
               15.  Maklumat-maklumat seperti di 3.2 di atas hendaklah dipanjangkan dua kali sehari (8.30 pagi dan 3.30 petang)
                   seperti berikut :-
                      •  Dari sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah.
                      •  Dari  Pejabat  Pelajaran  Daerah  ke  Jabatan  Pelajaran  Pahang  dan  Jawatankuasa  Bencana  Daerah
                          (Pejabat Daerah).
                      •  Dari Jabatan Pelajaran Pahang ke Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jawatankuasa Bencana Negeri.
               16.  Simpan dokumen dan alat berhargadi tempat yang tinggi dan selamat.
               17.  Sediakan  „loud  hailer‟dan  lampu  suluh  kalis  airkerana  ini  amat  berguna  sewaktu  gelap  dan  dalam  keadaan
                   kecemasan.
               18.  Pastikan radio („portable radio‟) disediakan dan berfungsi.
               19.  Sila dapatkan panduan jadual  berhubung dengan berlakunya air pasang besar di tempat masing-masing dari
                   Jabatan Meteorologi Pahang.
               20.  Ramalan cuaca dan amaran cuacaboleh didapati daripada laman web Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia
                   di alamat :   http//www.kjc.gov.my.
               21.  Tindakan  memindahkan  murid  dan  stafke  tempat  yang  lebih  selamat  apabila  banjir  dijangka  akan  mencapai
                   paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Banjir Peringkat
                   Negeri atau Daerah.
               22.  Dalam keadaan yang mendesak pihak sekolah dikehendaki juga berhubung dan mendapat bantuan daripada
                   Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing atau Pejabat Bomba, Polis dan Angkatan Tentera yang berdekatan.
               23.  Dalam  apa  juga  keadaan  kecemasan,  sila  pastikan  keselamatan  nyawa  diberi  keutamaan  dan  didahulukan
                   berbandingkeselamatan harta benda dan lain-lain.
               24.  Ikuti maklumat terkini perkembangan semasa mengenai banjirdan amaran-amaran yang berkaitan melalui siaran
                   radio atau televisyen.
               25.  Semua peralatan elektrik dan suis utama elektrik di setiap bangunan hendaklah dipadamkan. Jika menggunakan
                   janakuasa,  ianya juga hendaklah dipadamkan.
               26.  Sekiranya  sekolah  berkenaan  tidak  dapat  berfungsi  langsung  akibat  banjir,  maka  pengoperasiannya  boleh
                   dihentikan. Senarai sekolah dan tarikh terlibat hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah Pelajaran Pahang dan
                   rancangan untuk menggantikan hari-hari sekolah yang tidak beroperasi hendaklah dibuat kemudian.
               27.  Pihak  sekolah  diminta  mengambil  gambar  keadaan    sekolah  /  bangunan/harta  benda  semasa  banjir  (jika
                   keadaan mengizinkan) untuk tujuan rekod.
               28.  Kebersihan  Am  :    Pihak  sekolah  hendaklah  memastikan  segala  kekotoran  akibat  lumpur  dan  sampah  sarap
                   dibersihkan segera.
               29.  Kerosakan Pendawaian Elektrik :  Jika bangunan berkenaan ditenggelami air, pastikan pendawaian elektrik diteliti
                   oleh juruteknik elektrik yang bertauliahsebelum menggunakan elektrik di bangunan tersebut.
               30.  Kerosakan  Harta  Benda  Kerajaan  :  Sebarang  kerosakan  alat,  perabot    dan  bangunan  hendaklah  direkod  dan
                   dibuat anggaran kos serta sila ambil tindakan berikut:-
               31.  Jika  tidak  boleh  dibaiki  lagi  maka  tindakan  memohon    pelupusan  hendaklah  dilaksanakan.  Jika  memerlukan
                   gantiansila buat anggaran kos dan  mohon peruntukan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Jika boleh dibaikisila
                   urus permohonan untuk membaikinya daripada Pejabat Pelajaran Daerah.
               32.  Kerosakan Buku Teks : Kerosakan ini perlu juga dicatatseperti tajuk buku, bilangan dan sebagainya dan dilaporkan
                                                               20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26