Page 22 - Manual Pengurusan HEM BRASS 2019
P. 22
Manual Pengurusan HAL EHWAL MURID 2019 s m k b r – cendekia Z etika Z terampil
kepada Pegawai Pelajaran Daerah maing-masing
33. Bantuan Kepada Murid-murid Mangsa Banjir : Murid-murid yang terlibat dengan banjir sama ada di rumah
masing-masing atau di sekolah mungkin memerlukan bantuan terutama dari segi keperluan sekolah seperti alat
tulis dan pakaian seragam. Pihak sekolah hendaklah menyenaraikan nama murid-murid yang terlibat melalui
Lampiran E dan memanjangkannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Seterusnya Pejabat
Pelajaran Daerah dikehendaki memanjangkannya kepada Jabatan Pelajaran Pahang, untuk perhatian
Jawatankuasa Bencana Banjir.
34. Penyelaras dan pembantu penyelaras boleh membuat tuntutan elaun-elaun yang berkaitan semasa bertugas
sebagai penyelaras dan pembantu berpandukan kepada arahan Pekeliling Perbendaharaan yang sedia ada.
PENGURUSAN 3K
1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria melalui taman-taman landskap serta mural yang menarik serta
berwawasan.
2. Menggalakkan murid supaya mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang unggul.
3. Menggalakkan warga SMK Bukit Rangin mengamalkan budaya bantu membantu antara satu sama lain tanpa
mengira kaum dan agama ke arah membela kebajikan serta memupuk integrasi nasional.
4. Mengutamakan keselamatan semua warga SMK Bukit Rangin dalam aspek:
• keselamatan murid dan guru pergi balik sekolah
• keselamatan semasa pengajaran dan pembelajaran
• keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum
• keselamatan aktiviti/ kegiatan luar
• keselamatan infrastruktur serta perabot sekolah
• keselamatan dalam menghadapi kebakaran
• keharmonian komuniti sekolah
JAWATANKUASA KEBERSIHAN
Pengerusi : Tn. Hj. Abdul Razak bin Hj. Ahmad
Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Fatthul Mueim bin Bustaman
Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Aini binti Razik
Pn. Hjh. Norziah binti Johod
Setiausaha : Pn. Norasma binti Muhammad
AJK : Pn. Nurul Fakhriah binti Abdul Rahman (Bilik Selesa)
En. Mohd Hanafyieh bin Oma (Bilik Selesa)
Pn. Noor Aida binti Abdul Latif (Dewan, Seminar A, Bilik Gerakan dan Bilik PAK21
Pn. Tuti Malindawati bt M Tandjung (Dewan, Seminar A, Bilik Gerakan dan Bilik PAK21
En. Rohaizad bin Md Din (Lanskap / Mural)
Pn. Juhaida binti Yusop (Lanskap / Mural)
Pn. Suzana binti Awang (Papan Kenyataan)
Pn. Norzalina binti Mazlan (Papan Kenyataan)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIDANG TUGAS
1. Merancang dan melaksana program-program berkaitan kantin.
2. Melengkap dan mengemaskini Fail Pengurusan.
3. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan.
• Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah.
• Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan.
• Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah.
• Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan.
• Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah.
• Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang
berkaitan dengan perjanjian/ kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah,
pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.
2. Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti:
• Kempen Kebersihan
• Pertandingan Kebersihan Kelas
• Pertandingan mengarang esei Kebersihan
21