Page 12 - E - MAJALAHfinal_Neat
P. 12

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
      “ tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu.”

      1.     Jika ia meminta tolong kepaadamu, engkau akan

      menolongnya.

      2.    Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberi pinjaman
      kepadanya.

      3.   Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

      4.   Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
      5.   Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

      6.   Jika ia tertimpa sesuatu yang bahaya, engkau juga turut sedih bersamanya.

      7.   Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

      8.   Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat
      angin untuk sampaikerumahnya kecualli dengan izinnya.

      9. Jangan menganggu perasaanya dengan bau masakan

      kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit  daripada
      makanan itu.

      10.   Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.

      11.   Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah
      engkau memasukkan buah-buahan itu ke

      dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya

      dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah- buahan itu dihadapan anakya,
      kelak anak jiran itu menangis kerana mahukan buah tersebut.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17