Page 8 - E - MAJALAHfinal_Neat
P. 8
1. Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai
Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan
persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh
itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama
ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai
seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang
jiran.
2. Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai
Hubungan Persaudaraan
Walaupun mereka bukan terdiri daripada
darah daging kita atau suadara kira, tetapi
kita perlulah menghormati mereka dan
sentiasa bersikap baik kerana mereka
mempunyai hak sebagai seorang muslim dan
sebagai seorang jiran.
3. Jiran Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh
diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka
tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh
itu kita masih perlu menghormati mereka dan
tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi
Muhammad S.A.W;
“ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku,
dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah."