Page 4 - E - MAJALAHfinal_Neat
P. 4
PENGENALAN
Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi
menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan
hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup
seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah
menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam
kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat
membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat
menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup
berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam
konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati
dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda.
Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti
yang dituntut dalam agama.
Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada
pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada
zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus
dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah
sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan
kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat
kejiranan, punca-punca semangat kejiranan yang semakin luntur,
langkah-langkah memupuk semangat kejiranan, kepenting semangat
kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarat banyak lagi.