Page 3 - jogjareport2018
        P. 3
     ALUAN DARI SIDANG REDAKSI
               DR ISHAM SHAH HASSAN
               PENYELARAS COT POLIPD
               Assalammualaikum WRBT
               Penulian laporan menghasilkan satu bentuk penulisan ilmiah yang merupakan satu
               pengembaraan  ilmu.  Penulisan  bermula  daripada  aktiviti  kajian  yang
               komprehensif.  Penulisan  bermula  dari  kajian,  penyelidikan  dan  analisa  dapatan
               kajian. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pelajar dan pensyarah Politeknik
               Port  Dickson  dan  Politeknik  Seni  Yogjakarta  atas  kerjasama  yang  erat  dalam
               melaksanakan  penyelidikan  untuk  menghasilkan  produk  yang  berkualiti.  Produk
               ilmiah  ini  adalah  satu  sumbangan  pusat  teknologi  seni  bina  Politeknik  Port
               Dickson  (CarT)  kepada  masyarakat  antarabangsa,  khususnya  di  Malaysia  dan
               Indonesia dalam misi memelihara warisan Islam di rantau ini. Akhir sekali syabas
               dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
               DEWI SARTIKA
               POLITEKNIK SENI YOGJAKARTA
               Assalammualaikum WRBT
               Puji syukur kita panjatkan ke Hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan hidayah
               kepada kita semua. Pertama tama Politeknik Seni Yogjakarta mengucapkan banyak
               terima  kasih  atas  jalinan  kerja  sama  yang  terbentuk  dengan  Politeknik  Port
               Dickson.  Penelitian  bersama  telah  berjalan  dengan  lancar  dan  menghasilkan
               beberapa produk ilmiah tentang Masjid Gedhe Kauman, Yogjakarta. Kita berharap
               hasil  penelitian bersama  ini  dapat  menambah  ilmu  pengetahuan  baru  bagi  dunia
               pendidikan  serta  menambah  keeratan  budaya  antara  dua  negara.  Semoga  kelak
               jalinan kerjasama antara Politeknik Seni Yogjakarta dan Politeknik Port Dickson
               tetap terjaga dengan baik dan memunculkan kolaborasi penelitian dan kerjasama
               yang lainnya





