Page 5 - jogjareport2018
P. 5
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan keatas Masjid Gedhe Kauman ini bersifat kajian etnografi.
Tujuan utama kajian ini dibuat ialah untuk mendokumentasikan maklumat dari Masjid
Gedhe Kauman ini dari aspek seni reka dan kaedah pembinaan. Kajian merupakan
kerjasama CArT POLIPD yang terdiri dari sepuluh pelajar dan empat orang
pensyarah dengan Politeknik Seni Jogjakarta yang terdiri dari tiga pelajar dan tiga
pensyarah. Kaedah kajian yang digunakan ialah untuk maklumat sejarah teknik temu
bual dan pembacaan dokumen. Seterusnya untuk maklumat ukuran bangunan kaedah
pita ukur, ukur laser dan fotografi digunakan. Seterusnya bagi merekodkan ornamen
kaedah fotografi dan video digunakan seterusnya maklumat diperolehi ditukar dalam
bentuk lukisan dengan menggunakan perisian Pix4D. Secara keseluruhan pendekatan
BIM digunakanuntuk merekodkan ornamendan lukisan bangunan. Dapatan kajian ini
ialah terdapat pengaruh hindu dalam pembinaan masjid ini, Pix4D telah memudahkan
metodologi merekodkan maklumat ornamen bangunan berbanding dengan kaedah
yang digunakan pada masa lalu. Dapatan kajian juga menunjukkan stuktur bangunan
disambung tanpa paku hanya berdasarkan kaedah tanggam dan sendi. Sebagai
kesimpulan dua dapatan utama kajian iaitu kaedah BIM memudahkan
pendokumentasian bangunan lama dalam aktiviti penilitian yang bersifat lukisan
terukur dan Struktur utama bangunan dibina dan disambungkan tanpa menggunakan
paku. Lebih banyak kajian boleh dibuat untuk melihat hubungan ornamen dengan
aktiviti, falsafah ruang berdasarkan konsep kehidupan orang Islam serta sejauh mana
BIM boleh memudahkan aktiviti pemuliharaan bangunan warisan.
2 .