Page 9 - jogjareport2018
P. 9

iii.  Membuat satu dokumentasi sebuah bangunan didalam bentuk lukisan-lukisan

                            berskala dan laporan khas.
                       iv.  Mengumpul dan merekod segala data yang berkenaan Masjid Gedhe Kauman

                       v.  Mengamalkan  teknik  mengukur,  melukis,  dan  membuat  laporan  lengkap
                            tentang sesebuah bangunan.

                       vi.  Menjalankan analisis bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
                            reka bentuk binaan Masjid Gedhe Kauman

                       vii.  Menjalankan  penyelidikan  bagi  memahami  dengan  lebih  terperinci

                            faktor-faktor  yang  mempengaruhi  reka  bentuk  dalam  seni  bina  sesebuah
                            bangunan.

                       viii. Menghasilkan lukisan terukur yang lengkap dan pembuatan model rumah.



                   1.4    Metodologi Kajian

                       Kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kajian lapangan dan kajian
                   literatur.    Kajian lapangan melibatkan aktiviti pengukuran masjid sedia ada, kaedah

                   fotografi  ,  temubual  dan  pemerhatian.  Manakala  kajian  literatur  memberi  tumpuan

                   kajian sedia ada yang telah dibuat untuk masjid ini. Gabungan dapatan kajian yang
                   diperolehi dijadikan asas dalam penghasilan dokumen penyelidikan untuk masjid ini.



                   1.4.1    Kajian Literatur

                       Kajian  literatur  ditakrifkan  sebagai  kajian  yang  dijalankan  melalui  pembacaan

                   buku, dokumen, artikel jurnal, tesis, kertas kerja, prosiding yang berkenaan dengan
                   bahan kajian dan proses pencarian data di  dalam  laman sesawang  yang berkenaan.

                   Kajian  literatur  ini  bertujuan  untuk  menjelaskan  kajian  yang  akan  dijalankan

                   berdasarkan  maklumat  dan  pengetahuan  yang  tepat  tentang  hubung  kait  isu  yang
                   hendak  dikaji.  Kajian  ini  boleh  dijalankan  sebelum  dan  selepas  kajian  lapangan

                   dilakukan.


                       Kajian  lapangan  ialah  salah  satu  kaedah  yang  dilakukan  dalam  proses

                   pengumpulan data dan maklumat. Dalam proses ini, informasi yang dilakukan adalah
                   berdasarkan pengukuran, visual imej, lakaran, temu bual, dan sebagainya. Kaedah ini

                   lebih praktik kerana pengkaji dapat melihat sendiri keadaan sebenar yang terdapat di
                   sekitar bangunan kajian.


                                                            6                                         .
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14